Peribahasa Melayu berunsurkan burung: satu analisis semantik inkuisitif.

Makalah ini bertujuan mencungkil falsafah dan juga akal budi Melayu yang tersirat dalam peribahasa berunsurkan burung. Berdasarkan data, terdapat empat peribahasa terpilih berunsurkan variasi burung berbeza iaitu pipit, enggang, pegar dan juga pungguk. Kesemua data diambil daripada pengkalan data w...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nopiah, Julaina, Amran, Muhammad Nor Sahfiq
Format: Article
Language:ms
Published: Kulliyyah Languages and Management (KLM) 2020
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/85385/14/Peribahasa%20Melayu%20Berunsurkan%20Burung%20%281%29.pdf
http://irep.iium.edu.my/85385/
https://www.iium.edu.my/kulliyyah/klm/iysjl-2020-1
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini bertujuan mencungkil falsafah dan juga akal budi Melayu yang tersirat dalam peribahasa berunsurkan burung. Berdasarkan data, terdapat empat peribahasa terpilih berunsurkan variasi burung berbeza iaitu pipit, enggang, pegar dan juga pungguk. Kesemua data diambil daripada pengkalan data www.malaycivilization.com Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pendekatan semantik inkuisitif dan Rangka Rujuk Silang diaplikasikan dalam penganalisisan data. Gabungan data, teori, falsafah dan budaya dapat menghasilkan huraian makna peribahasa Melayu yang akhirnya mencerminkan akal budi penuturnya. Hasil kajian mendapati unsur burung yang berfungsi sebagai perlambangan dalam peribahasa Melayu mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri. Pengamatan yang teliti oleh masyarakat Melayu terhadap alam sekeliling menyumbang kepada pemikiran kritis untuk menyampaikan mesej dalam bentuk tersirat dan penuh kesantunan. Pelbagai ilmu dan falsafah yang tersirat dalam peribahasa Melayu berjaya dicungkil menerusi pendekatan semantik inkuisitif.