Garis panduan hukum pelaksanaan ibadah solat, taharah dan puasa oleh pesakit mental
Kajian ini bertujuan untuk merangka garis panduan pelaksanaan ibadah solat, taharah dan puasa yang berlandaskan Syariah bagi pesakit mental di Malaysia. Masalah kesihatan mental yang semakin meningkat sebagaimana dilaporkan oleh Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023 menekankan keperluan int...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Monograph |
| Language: | ms |
| Published: |
Jabatan Mufti Negeri Selangor
2025
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://irep.iium.edu.my/127329/1/127329_Garis%20panduan%20hukum%20pelaksanaan%20ibadah%20solat.pdf http://irep.iium.edu.my/127329/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk merangka garis panduan pelaksanaan ibadah solat, taharah dan puasa yang berlandaskan Syariah bagi pesakit mental di Malaysia. Masalah kesihatan mental yang semakin meningkat sebagaimana dilaporkan oleh Survei Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2023 menekankan keperluan intervensi yang bukan sahaja memberi perhatian kepada rawatan fizikal dan psikologi tetapi juga keperluan spiritual. Ketiadaan panduan khusus menyebabkan pesakit mental menghadapi kekeliruan dalam menunaikan ibadah, sekali gus memberi kesan kepada kesejahteraan spiritual dan emosi mereka. Kajian ini bertitik tolak daripada dua objektif utama iaitu mengenal pasti pasti dan menganalisis bentuk keringanan ibadah yang dibenarkan oleh syarak bagi pesakit mental dalam pelaksanaan solat, taharah dan puasa. Objektif kedua ialah membangunkan garis panduan komprehensif yang berasaskan Syariah untuk pelaksanaan ibadah bagi pesakit mental yang boleh dijadikan rujukan oleh masyarakat dan pihak berkuasa agama. Kajian ini adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan melibatkan beberapa dokumen yang terdiri daripada perbahasan fiqh terutama melibatkan qawl muktamad dalam mazhab Syafi’i, fatwa semasa dan dokumen kesihatan mental. Justeru, beberapa parameter telah dicadangkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor untuk dijadikan sebagai panduan hukum Syarak kepada masyarakat Islam. |
|---|
