Analisis semantik morfologi dan sintaksis bagi lafaz polisemi “At-Taqwa” di dalam Al-Quran

Kajian ini bertujuan meneliti polisemi leksikal lafaz Arab "taqwā" (التقوى (dalam alQur’an melalui pendekatan semantik morfologi dan sintaksis. Dengan menggunakan "taqwā" sebagai kes kajian, analisis ini mengupas bagaimana perubahan bentuk morfologi serta struktur sintaksis men...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Zakaria, Noor Hafizzah, Yaacob, Solehah@Nik Najah Fadilah, Abdullah, Mohd Ikhwan
Format: Article
Language:ms
Published: Academic Inspire Network 2025
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/123012/7/123012_Analisis%20semantik%20morfologi.pdf
http://irep.iium.edu.my/123012/
https://academicinspired.com/jised/pubprocess
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan meneliti polisemi leksikal lafaz Arab "taqwā" (التقوى (dalam alQur’an melalui pendekatan semantik morfologi dan sintaksis. Dengan menggunakan "taqwā" sebagai kes kajian, analisis ini mengupas bagaimana perubahan bentuk morfologi serta struktur sintaksis menentukan variasi makna yang pelbagai tetapi saling berkaitan, seperti tauhid dan keimanan, keikhlasan dan kesucian niat, ibadah dan kepatuhan, menjauhi maksiat, serta rasa takut kepada Allah SWT. Kajian ini berpandukan sumber linguistik utama seperti kamus klasik Arab (Lisān al-‘Arab, Maqāyīs al-Lughah) serta tafsir al-Qur'an tradisional (khususnya Tafsir Abū Ḥayyān al-Andalusī). Kaedah analisis morfologi digunakan bagi mengkaji bentuk terbitan lafaz "taqwā" serta implikasi semantiknya, manakala pendekatan sintaksis pula digunakan untuk memahami peranan lafaz tersebut dalam struktur ayat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun "taqwā" mempunyai pelbagai variasi makna mengikut konteks penggunaan al-Qur'an, semua makna tersebut berpunca daripada konsep dasar yang sama iaitu perlindungan diri daripada kemurkaan Allah melalui keyakinan iman, kesungguhan ibadah, serta menjauhi larangan-Nya. Kajian ini memberikan implikasi penting dalam memastikan ketepatan tafsiran al-Qur’an dari sudut linguistik, sekali gus menjadi rujukan utama bagi ahli tafsir, penterjemah, serta sarjana linguistik Arab dan kajian al-Qur’an.