Masalah penguasaan al-Quran Dan fardu ain masyarakat Orang Asli di negeri Pahang serta cadangan mengatasinya

Masyarakat Asli adalah sebahagian daripada entiti yang membentuk populasi masyarakat Malaysia dan mereka dianggap sebagai kaum minoriti. Berdasarkan bancian kependudukan Orang Asli (OA) yang dikeluarkan oleh JAKOA (2022) terdapat seramai 89,172 jumlah ahli isi rumah Orang Asli seluruh Pahang. Data a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mokhtar, Nazatul Akmar, Ismail, Halim, Mustapha, Ramlan, Abdul Razak, Fahmi Zaidi, Tazudin, Auni Atikah, Abdul Rahman, Asmadi, Sh Othman, Sh Mohd Firdaus
Format: Proceeding Paper
Language:en
en
en
en
Published: 2023
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/106929/1/artikel%20Dr%20Nazatul%20Akmar%20Mokhtar%20IIUM.pdf
http://irep.iium.edu.my/106929/3/SENARAI%20PEMBENTANG%20%26%20JADUAL%20SIDANG%20PEMBENTANGAN%20BD%2024-1.pdf
http://irep.iium.edu.my/106929/4/Surat%20penerimaan%20kertas%20kerja%2001.pdf
http://irep.iium.edu.my/106929/24/Slides%20Nazatul%20Akmar%20Bicara%20Dakwah%20UKM.pdf
http://irep.iium.edu.my/106929/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Masyarakat Asli adalah sebahagian daripada entiti yang membentuk populasi masyarakat Malaysia dan mereka dianggap sebagai kaum minoriti. Berdasarkan bancian kependudukan Orang Asli (OA) yang dikeluarkan oleh JAKOA (2022) terdapat seramai 89,172 jumlah ahli isi rumah Orang Asli seluruh Pahang. Data agama masyarakat orang asli yang telah dikemaskini menunjukkan hanya seramai 17,427 masyarakat orang asli adalah beragama Islam. Jumlah ini mewakili hanya 8.4 % sahaja daripada jumlah keseluruhan masyarakat orang asli di negeri Pahang. Satu kajian bagi mengenalpasti masalah penguasaan mereka terhadap al Quran dan fardhu ain telah dijalankan di mana 8 orang tenaga pengajar telah ditemubual di beberapa lokasi di beberapa daerah Pahang. Mereka berumur di antara lingkungan 20 dan 40 tahun dan telah berkhidmat di antara 1 hingga 10 tahun di dalam mengajar dan menjalankan kerja-kerja dakwah di kalangan orang Asli. Data temubual telah diterjemahkan ke dalam bentuk transkrip dan dianalisa menggunakan kaedah tematik bagi tujuan mendalami dan mempelopori pendapat dan pemikiran responden. Dapatan mengenai jenis-jenis masalah yang dihadapi di dalam menguasai Al-Quran dan Fardu Ain ini boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu; 1) masalah yang dihadapi oleh tenaga pengajar (cabaran terkait dengan kaedah pengajaran, cabaran menangani golongan tertentu, cabaran menangani sikap pelajar dan cabaran-cabaran lain) dan 2) masalah yang dihadapi oleh pelajar. Beberapa cadangan juga telah dikenalpasti iaitu cadangan yang terkait dengan pembentukan minat, penganjuran program dan cadangan tentang kemudahan dan peruntukan. Adalah diharapkan dapatan kajian dapat membantu para pendidik dan pihak berwajib memahami permasalahan mereka dan sekaligus menambahbaik peluang pendidikan agama bagi masyarakat Orang Asli dari pelbagai sudut.