Pertimbangan dasar 60:40 ( 60;40 policy review)

Kajian ini bertujuan untuk membantu KPM melaksanakan penilaian terhadap beberapa bidang pendidikan tertentu supaya hasilnya dapat dijadikan input penting dalam membuat sesuatu dasar baharu. Selain itu, ia juga bagi mengenal pasti sesuatu dasar pendidikan itu boleh dikekal dan diteruskan, ditambah ba...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Salleh, Salmah, Shaari, Nur Liyana Husna, Bidin, Zainin, Yasin, Herliana, Muhamad, Taufek, Md Yusof, Lanita, Nordin, Mohamad Sahari, Ismail, Nik Ahmad Hisham, Sarudin, Isarji, Ibrahim, Mohd Burhan, Mohd Meerah, Tamby Subahan, Halim, Lilia
Format: Article
Language:en
Published: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1-4, Blok E8, Presint 1 Komplek Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Malaysia 2016
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/103664/2/103664__Pertimbangan%20dasar%2060%2040.pdf
http://irep.iium.edu.my/103664/
http://.moe.gov.my/bppdp
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk membantu KPM melaksanakan penilaian terhadap beberapa bidang pendidikan tertentu supaya hasilnya dapat dijadikan input penting dalam membuat sesuatu dasar baharu. Selain itu, ia juga bagi mengenal pasti sesuatu dasar pendidikan itu boleh dikekal dan diteruskan, ditambah baik atau dimansuhkan. Kajian ini melibatkan pengetua, guru kanan, guru sains dan murid dari 100 buah sekolah menengah di seluruh negara yang dipilih secara rawak. Kaji selidik merangkumi persepsi pengetua dan guru sains serta sikap, minat, yakin boleh dan niat murid dalam aliran sains. Selain itu, maklumat juga diperoleh melalui temu bual dengan wakil pengurusan, pensyarah dan penyelidik dalam bidang sains dan teknologi di IPTA, pegawai-pegawai KPM (BPK, LP dan JNJK). Kajian ini juga menggunakan kaedah menanda aras soft strategi menerusi analisis dokumen yang berkaitan dengan hala tuju, penyataan dasar, strategi dan pelan tindakan merancang dan memacukan STEM di beberapa negara terpilih, termasuk Korea Selatan dan Finland. Ini termasuklah melibatkan proses menemukan cadangan-cadangan penyelesaian masalah yang berpusatkan perspektif pemegang taruh yang terdiri daripada guru sains dan kepimpinan sekolah. Dapatan kajian mencadangkan Pertimbangan Dasar 60:40 ini boleh dikekal dan diteruskan dengan ditambahbaik.