APLIKASI PRINSIP PERANCANGAN DALAM KARYA TERPILIH JERMAN, DOWNFALL: SATU BACAAN PENDEKATAN PENGURUSAN
Filem merupakan sebuah industri kreatif bersifat perbincangan serta melibatkan idea dan pemikiran kreatif dan kritis. Filem turut mengangkat seni dan warsan budaya sesuatu bangsa dan masyarakat selain mengangkat aspek-aspek pengurusan yang boleh diteladani. Justeru, kajian ini menekuni satu pendek...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Proceeding Paper |
| Language: | en |
| Published: |
2022
|
| Subjects: | |
| Online Access: | http://irep.iium.edu.my/102712/1/APLIKASI%20PRINSIP%20PERANCANGAN%20DALAM%20KARYA%20TERPILIH%20JERMAN.pdf http://irep.iium.edu.my/102712/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Filem merupakan sebuah industri kreatif bersifat perbincangan serta melibatkan idea dan pemikiran kreatif dan kritis.
Filem turut mengangkat seni dan warsan budaya sesuatu bangsa dan masyarakat selain mengangkat aspek-aspek
pengurusan yang boleh diteladani. Justeru, kajian ini menekuni satu pendekatan baharu yang bersifat rentas disiplin
ilmu dalam dunia kritikan sastera tanah air, iaitu Pendekatan Pengurusan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hasan (2013).
Terdapat lima prinsip utama iaitu prinsip perancangan, kepimpinan, pengorganisasian, penstafan dan kawalan. Kajian
ini menumpukan prinsip yang pertama iaitu, prinsip perancangan untuk menganalisis sebuah karya terpilih dari negara
Jerman, iaitu Downfall. Filem bergenre aksi, dan patriotik ini merupakan hasil arahan Oliver Hirschbiegel dan ditulis
oleh Bernd Eichinger. Filem ini dianalisis berdasarkan struktur yang dilihat berupaya untuk menstrukturkan proses
pengeluaran makna kepada masyarakat terutamanaya dari aspek pengurusan. Prinsip Perancangan ini dianalisis
berdasarkan Model Prinsip Perancangan, iaitu menetapkan objektif, membentuk strategi, kajian semula strategi,
memilih strategi dan, pencapaian objektif. Objektif kajian untuk mengenal pasti dan menganalisis prinsip perancangan
berdasarkan peringkat-peringkat perancangan yang terdapat dalam filem terpilh Jerman, iaitu Downfall. Kaedah
kepustakaan dan kaedah analisis teks diaplikasi dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian jelas membuktikan bahawa
filem ini memperlihatkan kecenderungan yang tinggi terhadap pengaplikasian prinsip perancangan yang menyerlah
dan dominan terhadap peristiwa-peristiwa terpilih. Prinsip perancangan yang diketengahkan merupakan sesuatu yang
relevan dalam memberikan impak yang positif terhadap pembentukan dan pengurusan jati diri. Kajian ini diharap
mampu membuka satu lembaran baharu dalam dimensi pendidikan dan pembentukan jiwa generasi muda hari in |
|---|
