Sosiolinguistik

Sosiolinguistik merupakan bidang yang memberi penekanan kepada hubungan dan saling pengaruh antara perlakuan bahasa dan perilaku sosial. Sosiolinguistik juga turut memberikan liputan menyeluruh kepada topik paling relevan yang berkaitan dengan bahasa dan masyarakat, serta bahasa dan budaya. Oleh ya...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nazir, Faridah
Format: Book
Language:en
en
Published: Freemind Horizons Sdn. Bhd. 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/101516/1/Buku%20Sosiolinguistik.pdf
http://irep.iium.edu.my/101516/7/101516_Sosiolinguistik.pdf
http://irep.iium.edu.my/101516/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sosiolinguistik merupakan bidang yang memberi penekanan kepada hubungan dan saling pengaruh antara perlakuan bahasa dan perilaku sosial. Sosiolinguistik juga turut memberikan liputan menyeluruh kepada topik paling relevan yang berkaitan dengan bahasa dan masyarakat, serta bahasa dan budaya. Oleh yang demikian, gambaran keseluruhan buku ini adalah berkisar tentang topik utama sosiolinguistik dan sosiologi bahasa, serta menyediakan pengenalan asas kepada kaedah terpenting yang digunakan dalam penyelidikan dan analisis sosiolinguistik. Perbincangan adalah berkisar tentang topik dan tanggapan seperti komuniti pertuturan, dialek, kod, variasi, pijin dan kreol, dwibahasa, multibahasa, diglosia, sistem alamat, bahasa dan jantina, perancangan bahasa, pengekalan bahasa dan peralihan bahasa. Buku ini mengandungi 11 bab yang memberi pendedahan terperinci tentang perkaitan antara bahasa dan masyarakat. Kelebihan buku ini ditampilkan melalui topik-topik yang dibincangkan secara terperinci dalam semua bab. Bab 1 menghuraikan Apa Itu Sosiolinguistik; Bab 2 Pemilihan Bahasa Dalam Komuniti Majmuk; Bab 3 Peralihan dan Penyelarasan Bahasa; Bab 4 Jenis Linguistik dan Negara Berbilang Bahasa; Bab 5 Perancangan Bahasa dan Bahasa Kebangsaan; Bab 6 Sosial dan Dialek Serantau; Bab 7 Bahasa dan Perubahan; Bab 8 Etnik dan Rangkaian Sosial; Bab 9 Fungsi Pertuturan, Kesopanan dan Komunikasi Silang Budaya; Bab 10 Jantina, Kesopanan dan Stereotaip; dan Bab 11 Bahasa, Kognisi, Budaya dan Sikap Bahasa.