Ungkapan makian dalam wacana politik menerusi kumpulan komuniti Facebook ‘Suara Rakyat’

Ungkapan makian dilihat sebagai upaya penyaluran emosi dan reaksi seseorang penutur bahasa menggunakan kata-kata kesat dalam cara yang tidak bersesuaian dan bersikap emotif. Dalam era globalisasi ini, jelas dilihat di media sosial ramai dalam kalangan warga i nternet menyebarkan maklumat yang mengan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Rashid, Najwa Nazurah, Nahar, Nora'Azian
Format: Article
Language:ms
Published: Kulliyyah of Languages & Management, IIUM Pagoh 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/101433/1/101433_Ungkapan%20makian%20dalam%20wacana%20politik.pdf
http://irep.iium.edu.my/101433/
https://kulliyyah.iium.edu.my/klm/wp-content/uploads/sites/14/2022/09/IYSJL-Ungkapan-Makian-Dalam-Wacana-Politik-Menerusi-Kumpulan-Komuniti-Facebook-%E2%80%98Suara-Rakyat.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Ungkapan makian dilihat sebagai upaya penyaluran emosi dan reaksi seseorang penutur bahasa menggunakan kata-kata kesat dalam cara yang tidak bersesuaian dan bersikap emotif. Dalam era globalisasi ini, jelas dilihat di media sosial ramai dalam kalangan warga i nternet menyebarkan maklumat yang mengandungi kata-kata makian dan berunsur tabu tanpa rasa segan silu. Masyarakat Malaysia, amnya dan orang Melayu khususnya terkenal dengan sopan santun dan kata-kata berlapiknya, seperti pantun dan peribahasa, apatah lagi apabila bertutur dengan pemimpin atau orang yang lebih tua. Justeru, kajian ini secara khusus bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis penggunaan ungkapan makian dalam wacana politik dan kepemimpinan dalam kalangan masyarakat Malaysia menerusi kumpulan komuniti ‘Suara Rakyat’ seterusnya menjelaskan makna ungkapan makian dan fenomena yang berlaku berdasarkan pendekatan Teori Ketidaksantunan Berbahasa Culpeper (1996). Data dikumpulkan daripada hantaran komen menerusi kumpulan komuniti ‘Suara Rakyat’ di Facebook yang melibatkan perbincangan tentang politik dan kepemimpinan bagi tempoh lima bulan bermula 1 Januari hingga 31 Mei 2022. Hasil kajian menunjukkan terdapat tujuh jenis kata kesat yang sering digunakan oleh masyarakat Malaysia. Kajian turut mencatatkan bahawa kata makian yang berkaitan dengan penyamaan manusia dengan haiwan, seperti ‘babi’ dan ‘anjing’ lebih banyak digunakan dalam wacana politik dan kepemimpinan. Hal ini sangat bertentangan dengan negara Malaysia yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan rakyat yang telah diterapkan dengan nilai kesantunan sejak zaman nenek moyang. Teori Ketidaksantunan Berbahasa Culpeper (1996) menjelaskan bahawa pilihan penggunaan kata makian daripada kelompok kata penyamaan manusia dengan haiwan adalah disebabkan masyarakat kini sudah lantang bersuara dan telah hilang rasa hormat terhadap individu lain mahupun terhadap pentadbir negara.