Penilaian prestasi serangga pendebunga liar terhadap pengeluaran buah mangga dan jambu batu

Pelbagai serangga pendebunga melawat tumbuhan secara berbeza. Justeru adalah penting untuk mengukur prestasi mereka selari dengan keperluan untuk penilaian risiko dalam pemuliharaan dan pertanian mampan. Sumbangan dan kecekapan pendebunga liar kepada pendebungaan bunga mangga (Sala dan Chok Anan) da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul, Nurul Huda, Omar, Nurul Alia, Zariman, Nur Athirah
Format: Proceeding Paper
Language:en
Published: 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/100951/1/POSTER%20ABES.pdf
http://irep.iium.edu.my/100951/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelbagai serangga pendebunga melawat tumbuhan secara berbeza. Justeru adalah penting untuk mengukur prestasi mereka selari dengan keperluan untuk penilaian risiko dalam pemuliharaan dan pertanian mampan. Sumbangan dan kecekapan pendebunga liar kepada pendebungaan bunga mangga (Sala dan Chok Anan) dan jambu batu (Lohan) dianggarkan dengan mengukur bilangan putik buah yang dihasilkan, kadar lawatan pendebunga dan kecekapan sebagai pembawa debunga. Eksperimen yang mengecualikan pendebunga telah menunjukkan bahawa Chok Anan gagal menghasilkan putik buah tanpa kehadiran pendebunga. Pengeluaran putik buah adalah sangat rendah dalam keadaan semula jadi, 4.8% dan 3.1% bagi setiap jumlah bunga hermafrodit untuk Sala dan Chok Anan masing-masing. Dengan bantuan pendebungaan tangan, putik buah Sala telah meningkat kepada lebih 100% tetapi hanya 33% peningkatan pada Chok Anan. Sumbangan pendebunga kepada keseluruhan penghasilan buah mangga adalah dianggarkan sebanyak 53%. Lalat Eristalinus sp. dan Chrysomya sp. yang bersaiz besar membawa debunga dengan lebih cekap dan melawat lebih banyak bunga mangga berbanding pelawat bunga yang lain. Manakala bagi jambu batu, putik buah juga banyak dihasilkan dengan pendebungaan tangan (65% dari jumlah bunga). Dianggarkan bahawa daripada 5 bunga, serangga pendebunga liar menyumbang kepada maksimum 3 putik buah dan hanya 2 putik buah dihasilkan dalam pengecualian pendebunga. Kecekapan pendebunga liar dalam membantu penghasilan putik buah dianggarkan pada 77% hingga 81% berbanding kecekapan pendebungaan sendiri iaitu antara 54% hingga 57%. Lebah liar Xylocopa latipes, Xylocopa aestuans dan Apis cerana melawat lebih banyak bunga berbanding pelawat lain. Di antara serangga ini, Apis cerana adalah pembawa debunga yang paling cekap. Kesimpulannya, kajian ini menekankan kepentingan pendebunga dalam industri buah-buahan Malaysia. Bunga mangga dan jambu batu yang didebungakan sendiri dan didebungakan secara semula jadi hanya menghasilkan bilangan buah yang sangat rendah. Oleh itu, dengan meningkatkan populasi pendebunga ini pastinya akan merangsang peningkatan produktiviti untuk tanaman buah-buahan ini.