Strategi ketidaksantunan dalam filem Seri Mersing

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi ketidaksantunan dalam filem Seri Mersing. Isu ketidaksantunan yang terkandung dalam filem Seri Mersing dijadikan tunjang utama dalam kajian ini. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik transkrip filem Seri Mersing dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mohamad Taufek, Nur Aisyah, Saimon, Aminnudin
Format: Article
Language:en
Published: Kulliyyah of Languages and Management (KLM), IIUM 2022
Subjects:
Online Access:http://irep.iium.edu.my/100077/2/100077_Strategi%20ketidaksantunan%20dalam%20filem%20Seri%20Mersing.pdf
http://irep.iium.edu.my/100077/
https://kulliyyah.iium.edu.my/klm/wp-content/uploads/sites/14/2022/09/IYSJL-Strategi-Ketidaksantunan-dalam-Filem-Seri-Mersing.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi ketidaksantunan dalam filem Seri Mersing. Isu ketidaksantunan yang terkandung dalam filem Seri Mersing dijadikan tunjang utama dalam kajian ini. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menggunakan teknik transkrip filem Seri Mersing dan analisis kandungan teks bersandarkan Teori Ketidaksantunan Culpeper (1996). Terdapat lima strategi ketidaksantunan yang telah dibangunkan oleh Culpeper (1996), iaitu ketidaksantunan secara langsung, ketidaksantunan positif, ketidaksantunan negatif, penggunaan sindiran dan menahan kesantunan. Hasil kajian mendapati bahawa strategi ketidaksantunan negatif merupakan strategi tertinggi yang digunakan, iaitu sebanyak 80 ujaran dalam filem Seri Mersing. Strategi menahan kesantunan dicatatkan sebagai kekerapan yang paling minimum. Penelitian terhadap strategi ketidaksantunan dalam kajian filem ini dapat memperlihatkan bahawa orang Melayu menggunakan ujaran berbentuk ketidaksantunan, namun lebih terarah kepada bahasa yang halus dan berkias.