Persepsi asnaf terhadap pelaksanaan Program Bank Makanan Lembaga Zakat Negeri Kedah

Artikel ini meneliti persepsi golongan asnaf terhadap pelaksanaan Program Bank Makanan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang bertujuan memastikan keterjaminan makanan dalam kalangan fakir dan miskin. Walaupun program ini memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan asas makanan, kajian...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Siti Nurjannati Mohamed, Abdul Ghafar Don, Anuar Puteh
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26803/1/Al%20Hikmah_17_2_5.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26803/
https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/37
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini meneliti persepsi golongan asnaf terhadap pelaksanaan Program Bank Makanan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) yang bertujuan memastikan keterjaminan makanan dalam kalangan fakir dan miskin. Walaupun program ini memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan asas makanan, kajian empirikal mengenai keberkesanan pelaksanaannya dan implikasinya terhadap kebajikan Islam masih terhad. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis profil demografi penerima bantuan, menilai keberkesanan pelaksanaan program di masjid, serta meneliti persepsi asnaf terhadap kualiti dan kesesuaian bantuan yang diterima. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif deskriptif melalui pengedaran soal selidik kepada 240 responden di enam buah masjid terpilih di negeri Kedah. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 29 melalui analisis kekerapan, peratusan dan skor min. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi asnaf terhadap pelaksanaan program berada pada tahap tinggi (min = 4.48–4.93), manakala penilaian terhadap keberkesanan keseluruhan program mencatatkan min antara 4.87–4.98. Lebih daripada 90% penerima bantuan melaporkan peningkatan keterjaminan makanan dan kepuasan positif terhadap bantuan yang diterima. Dapatan ini membuktikan bahawa program Foodbank LZNK bukan sahaja memenuhi dimensi fizikal, tetapi turut memberi kesan sosial, psikologi dan spiritual kepada penerima. Walau bagaimanapun, beberapa cabaran dalam aspek pengagihan dan keberkesanan jangka panjang masih perlu diberi perhatian. Implikasi kajian menegaskan peranan penting institusi zakat sebagai pelaksana kebajikan Islam berasaskan komuniti, yang menuntut sistem agihan yang lebih sistematik, telus dan inklusif, selaras dengan prinsip maqāṣid al-sharīʿah dan keadilan sosial dalam Islam.