Dinamika persepsi rakyat terhadap prestasi wakil rakyat Muslimat PAS: analisis kualiti perkhidmatan dan legitimasi politik

Dalam landskap politik Malaysia yang semakin terbuka, peranan wanita Islam melalui Dewan Muslimat PAS semakin menonjol sebagai suara masyarakat dan pelaksana khidmat berteraskan nilai agama. Namun begitu, masih kurang kajian yang menilai sejauh mana rakyat menilai mutu perkhidmatan dan keikhlasan k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Noor Asyanti Abu Bakar, Siti A. M. Imran
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26801/1/Al%20Hikmah_17_2_3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26801/
https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/37
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Dalam landskap politik Malaysia yang semakin terbuka, peranan wanita Islam melalui Dewan Muslimat PAS semakin menonjol sebagai suara masyarakat dan pelaksana khidmat berteraskan nilai agama. Namun begitu, masih kurang kajian yang menilai sejauh mana rakyat menilai mutu perkhidmatan dan keikhlasan kepimpinan mereka dalam mengurus kebajikan serta memenuhi amanah rakyat. Kajian lepas lebih menumpukan penyertaan politik, tetapi belum memberi perhatian kepada hubungan antara kualiti khidmat wakil rakyat dan pandangan rakyat terhadap keperibadian serta keupayaan mereka memimpin. Kajian ini dilaksanakan bagi menilai hubungan antara persepsi rakyat dan kualiti perkhidmatan wakil rakyat Muslimat PAS dalam konteks politik Islam dengan mengadaptasi Model SERVQUAL yang berpaksikan nilai empati,amanah dan tanggungjawab sosial. Kajian menggunakan reka bentuk tinjauan rentas melibatkan 2,846 responden daripada kawasan Parlimen dan DUN yang diwakili Muslimat PAS. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan korelasi Pearson pada aras keyakinan 99% dengan ralat persampelan 2.5%. Hasil kajian menunjukkan kualiti perkhidmatan dinilai tinggi (min = 4.08, SP = 0.85), manakala persepsi rakyat terhadap kepimpinan Muslimat PAS juga positif (min = 4.14). Dimensi empati dan kompetensi mencatat skor tertinggi, diikuti jaminan dan kecekapan tindakan. Analisis korelasi Pearson mendapati hubungan positif yang sangat kuat antara kualiti perkhidmatan dan persepsi rakyat (r = 0.856, p < .001). Kajian membuktikan bahawa kepimpinanyang bersifat amanah, mudah didekati dan tangkas bertindak mampu menambah keyakinan serta kepercayaan rakyat. Nilai keinsanan dan komunikasi berasaskan kasih sayang serta tanggungjawab menjadi asas kepada legitimasi politik dan penerimaan masyarakat terhadap kepimpinan wanita Islam.