Prinsip tadbir urus institusi zakat dan baitulmal menurut al-Mawardi dan aplikasinya di Malaysia
Institusi zakat dan baitulmal merupakan instrumen penting dalam merealisasikan keadilan sosial serta keseimbangan ekonomi dalam masyarakat Islam. Namun, cabaran dari sudut tadbir urus seperti ketidakseragaman dasar, kekurangan ketelusan, dan kelemahan sistem pemantauan masih membataskan kebe...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26761/1/Al%20Hikmah_17_1_5.pdf http://journalarticle.ukm.my/26761/ https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/36 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Institusi zakat dan baitulmal merupakan instrumen penting dalam
merealisasikan keadilan sosial serta keseimbangan ekonomi dalam
masyarakat Islam. Namun, cabaran dari sudut tadbir urus seperti
ketidakseragaman dasar, kekurangan ketelusan, dan kelemahan sistem
pemantauan masih membataskan keberkesanan fungsinya. Kajian ini
bertujuan menilai kesesuaian prinsip tadbir urus Islam yang digariskan oleh
Imam al-Māwardī dalam al-Aḥkām al-Sulṭāniyyah untuk diaplikasikan
dalam pengurusan zakat dan baitulmal di Malaysia. Kajian ini menggunakan
pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap dokumen rasmi
institusi zakat, karya klasik Islam serta kajian akademik kontemporari.
Empat prinsip utama al-Māwardī menjadi kerangka analisis: keadilan (al-
ʿAdl), amanah (al-Amānah), ketelusan (al-Syafāfiyyah), dan kecekapan
pentadbiran (al-Kifāyah al-Idāriyyah). Data dianalisis secara tematik untuk
menilai tahap pengamalan prinsip-prinsip ini dalam konteks pengurusan
zakat di Malaysia. Kajian mendapati bahawa prinsip-prinsip al-Māwardī
sangat relevan dan mampu memperkukuh integriti serta keberkesanan
pengurusan zakat. Walaupun terdapat negeri yang menunjukkan tahap
pelaksanaan yang progresif dan sistematik, wujud juga negeri yang masih
mengamalkan pendekatan tradisional serta tidak efisien dalam aspek
pemantauan dan pelaporan. Ketidakseimbangan ini memberi implikasi
terhadap pencapaian maqāṣid syarīʿah serta tahap kepercayaan masyarakat
terhadap institusi zakat. Kajian mencadangkan pembangunan satu model
tadbir urus zakat nasional yang berasaskan prinsip al-Māwardī, dengan
penekanan terhadap penyelarasan dasar antara negeri, pengukuhan sistem
audit dan pemantauan, serta integrasi teknologi digital. Pelaksanaan
kerangka ini diharapkan dapat memperkukuh akauntabiliti institusi zakat
serta mengoptimumkan peranannya sebagai pemangkin pembangunan
ummah yang berteraskan nilai Islam. |
|---|
