Kerangka konsep etika pengucapan politik berasaskan nilai al-Quran dan maqasid al-shariah
Dalam landskap demokrasi moden, komunikasi politik menjadi alat utama dalam meraih sokongan pengundi. Namun, ia sering dicemari dengan fitnah, manipulasi fakta dan provokasi emosi yang bercanggah dengan nilai moral dan keharmonian sosial. Dalam konteks negara majoriti Muslim seperti Malaysia, terdap...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26759/1/Al%20Hikmah_17_1_4.pdf http://journalarticle.ukm.my/26759/ https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/36 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Dalam landskap demokrasi moden, komunikasi politik menjadi alat utama dalam meraih sokongan pengundi. Namun, ia sering dicemari dengan fitnah, manipulasi fakta dan provokasi emosi yang bercanggah dengan nilai moral dan keharmonian sosial. Dalam konteks negara majoriti Muslim seperti Malaysia, terdapat keperluan mendesak untuk membangunkan suatu kerangka etika komunikasi politik yang selari dengan prinsip Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif normatif
berbentuk konseptual yang berasaskan epistemologi Islam. Analisis dilakukan terhadap ayat-ayat al-Quran, hadis serta teks klasik dan kontemporari dalam bidang etika komunikasi dan pemikiran politik Islam. Proses pembinaan kerangka
dilakukan melalui tiga fasa iaitu analisis teks, sintesis nilai dan pembinaan model konseptual. Hasil kajian merumuskan empat prinsip utama etika pengucapan politik
Islam: (i) mematuhi hukum syarak, (ii) berkata benar, (iii) menjaga akhlak, dan (iv) berpaksikan maqāṣid al-sharīʿah. Prinsip-prinsip ini menolak sebarang bentuk komunikasi berunsur kebencian, fitnah, atau manipulasi emosi, serta menekankan kepentingan perpaduan sosial, keadilan dan kesejahteraan masyarakat. Kajian ini memberi sumbangan penting kepada pembangunan teori komunikasi dakwah
politik Islam yang bersifat indigenous dan berakar pada nilai wahyu. Ia juga mencabar dominasi teori komunikasi Barat yang bersifat sekular dan pragmatik dengan mengetengahkan komunikasi politik sebagai medan dakwah yang
menekankan integriti, kejujuran dan hikmah. |
|---|
