Asimilasi budaya mualaf dalam masyarakat Melayu di Kelantan: analisis kajian rintis
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesahan konstruk dan kebolehpercayaan instrumen kajian yang dibangunkan untuk mengkaji asimilasi budaya golongan mualaf dalam masyarakat melayu di Kelantan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 30 orang...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26757/1/Al%20Hikmah_17_1_2.pdf http://journalarticle.ukm.my/26757/ https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/issue/view/36 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesahan konstruk dan
kebolehpercayaan instrumen kajian yang dibangunkan untuk mengkaji asimilasi budaya golongan mualaf dalam masyarakat melayu di Kelantan. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Seramai 30 orang mualaf di Kelantan dipilih sebagai sampel kajian menggunakan teknik pensampelan rawak mudah. Instrumen kajian
ini mengandungi 56 item dan terdiri daripada lima bahagian, iaitu (1) demografi responden, (2) pengaruh asimilasi budaya golongan mualaf dalam masyarakat melayu di Kelantan, (3) penerimaan asimilasi budaya golongan mualaf dalam masyarakat melayu di Kelantan, (4) amalan budaya masyarakat melayu yang mempengaruhi proses asimilasi golongan mualaf, (5) cabaran yang dihadapi oleh golongan mualaf dalam usaha mengasimilasikan diri dalam masyarakat melayu di Kelantan. Manakala kebolehpercayaan instrumen kajian ditentukan berdasarkan nilai Cronbach Alpha. Instrumen tersebut juga mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi kerana nilai Cronbach Alpha melebihi nilai 0.600 untuk setiap konstruk dan secara keseluruhan. Sebagai kesimpulan, instrumen tersebut mempunyai kesahan konstruk yang baik dan tahap kebolehpercayaan yang tinggi. Hasil kajian mendapati, instrumen yang digunakan boleh dipercayai kerana mencapai nilai pekali Alpha Cronbach antara 0.877 hingga 0.957
berada pada tahap tinggi dan sangat tinggi. Seterusnya, kajian ini memberi implikasi penting kepada mualaf, individu, keluarga, masyarakat, ilmu dan organisasi Islam yang berteraskan dakwah kepada mualaf. |
|---|
