Kesan kadar aliran nitrogen teknik RF-PECVD terhadap morfologi, sifat kimia dan prestasi penjerapan CO2 komposit ZSM-5/a-CNx
Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kesan kadar aliran gas nitrogen terhadap morfologi, sifat kimia dan prestasi penjerapan CO2 komposit ZSM-5/a-CNx. Kepingan ZSM-5 disediakan melalui teknik tekanan sepaksi, seterusnya filem nipis a-CNx dimendapkan di atasnya dengan ubahan nisbah kadar aliran...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2026
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26724/1/SMJ%2011.pdf http://journalarticle.ukm.my/26724/ https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol55num1_2026/vol55num1_2026%201.html |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji kesan kadar aliran gas nitrogen terhadap morfologi, sifat kimia dan prestasi penjerapan CO2 komposit ZSM-5/a-CNx. Kepingan ZSM-5 disediakan melalui teknik tekanan sepaksi, seterusnya filem nipis a-CNx dimendapkan di atasnya dengan ubahan nisbah kadar aliran gas CH4 :N2 pada 50:30, 50:40, 50:50 dan 50:60 sccm untuk menghasilkan sampel komposit ZSM-5/a-CNx. Mikrograf FESEM menunjukkan ciri morfologi ZSM-5 yang berbucu tajam dan berongga masih terpelihara selepas proses pemadatan, manakala permukaan komposit berubah kepada tekstur yang lebih homogen akibat pemendapan filem nipis a-CNx. Analisis data BET memperlihatkan penurunan luas permukaan khusus dan isi padu liang bersaiz mikro akibat penutupan sebahagian liang akibat proses pemendapan filem nipis a-CNx. Namun begitu, isi padu liang kumulatif kekal hampir tidak berubah dan menandakan pemendapan filem nipis berjaya mengekalkan sebahagian besar struktur liang ZSM-5. Analisis data FTIR mengesahkan penghasilan komposit ZSM-5/a-CNx melalui kehadiran ikatan C-H, C=C, C=N dan C-N. Analisis data TPD pula menunjukkan kapasiti penjerapan CO2 tertinggi (212.04 cm3/g) oleh sampel komposit ZSM-5/a-CNx yang disediakan pada kadar aliran N2 30 sccm, iaitu peningkatan sebanyak 12.46% berbanding ZSM-5 asli. Keputusan kajian ini mendapati bahawa jenis dan konfigurasi kumpulan berfungsi nitrogen memainkan peranan yang lebih penting berbanding jumlah kandungan nitrogen secara keseluruhan. Dalam kajian ini, kumpulan berfungsi C=N didapati berupaya menyediakan tapak bes yang kuat bagi meningkatkan prestasi penjerapan CO2 secara kimia, sekali gus menekankan potensi komposit ZSM-5/a-CNx dalam pembangunan bahan penjerap karbon yang lebih cekap. |
|---|
