Inovasi dan variasi produk hibah dalam perancangan harta orang Islam di Malaysia
Perancangan harta merupakan aspek penting dalam kehidupan orang Islam di Malaysia bagi memastikan pengurusan harta semasa hidup dan pengagihan harta selepas kematian dilaksanakan secara teratur serta mematuhi prinsip syariah. Seiring dengan peningkatan kes harta pusaka terbeku saban tahun, hibah sem...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26706/1/Artikel-10-Inovasi-dan-Variasi-Produk-Hibah-dalam-Perancangan-Harta-Orang-Islam-di-Malaysia%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26706/ http://www.ukm.my/jcil/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Perancangan harta merupakan aspek penting dalam kehidupan orang Islam di Malaysia bagi memastikan pengurusan harta semasa hidup dan pengagihan harta selepas kematian dilaksanakan secara teratur serta mematuhi prinsip syariah. Seiring dengan peningkatan kes harta pusaka terbeku saban tahun, hibah semakin mendapat perhatian sebagai instrumen perancangan harta yang berkesan. Persoalan utama yang timbul ialah sejauh mana jenis hibah dan produk yang ditawarkan mampu memenuhi keperluan orang Islam di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti inovasi dan variasi produk hibah yang ditawarkan oleh institusi kewangan dan agensi perancangan harta di Malaysia, di samping menilai implikasinya terhadap pengurusan harta umat Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan dokumen rasmi, risalah produk, laman web institusi berkaitan dan artikel jurnal. Hasil kajian menunjukkan bahawa inovasi dalam amalan hibah di Malaysia meliputi penerapan teknologi digital dan peningkatan fleksibiliti syarat. Pelbagai bentuk hibah seperti hibah mutlak, hibah bersyarat dan hibah amanah turut diaplikasikan bagi memenuhi keperluan masyarakat. Namun, pelaksanaannya masih berdepan cabaran seperti tahap literasi masyarakat yang rendah, kos pentadbiran yang tinggi serta isu pematuhan syariah. Secara keseluruhan, inovasi dan variasi produk hibah berpotensi memperkukuh perancangan harta Islam serta mengurangkan risiko pertikaian pusaka. Kajian ini turut mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan untuk menilai kesan penggunaan teknologi digital, khususnya platform hibah atas talian, terhadap kecekapan, keselamatan dan keberkesanan keseluruhan proses hibah di Malaysia. |
|---|
