Tahap pengetahuan ibu bapa terhadap kesan trend sharenting kepada kanak-kanak di Lembah Klang, Malaysia

Perkembangan teknologi masa kini membolehkan masyarakat berkongsi kehidupan seharian di media sosial terutamanya berkaitan kanak-kanak. Fenomena perkongsian berlebihan mengenai kanak-kanak dikenali sebagai sharenting. Perkara ini dapat diperhatikan melalui kumpulan Facebook “Anak Sepahkan Apa Hari I...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Muaz Mustaffa, Nurbazla Ismail
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26702/1/Artikel-7-Tahap-Pengetahuan-Ibu-Bapa-Terhadap-Kesan-Trend-Sharenting%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26702/
http://www.ukm.my/jcil/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan teknologi masa kini membolehkan masyarakat berkongsi kehidupan seharian di media sosial terutamanya berkaitan kanak-kanak. Fenomena perkongsian berlebihan mengenai kanak-kanak dikenali sebagai sharenting. Perkara ini dapat diperhatikan melalui kumpulan Facebook “Anak Sepahkan Apa Hari Ini” yang disertai oleh ibu bapa Muslim untuk berkongsi mengenai anak-anak. Ibu bapa bebas untuk berkongsi perbuatan yang dilakukan oleh anak mereka di media sosial. Amalan ini menunjukkan ibu bapa berkongsi maklumat tentang anak-anak tanpa memikirkan implikasi terhadap hak dan privasi anak mereka. Walau bagaimanapun, perkara ini belum dikaji secara ilmiah untuk mengetahui sejauhmana ibu bapa mengetahui dan sedar akan kesan perbuatan tersebut. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menilai tahap pengetahuan ibu bapa terhadap kesan sharenting terhadap kanak-kanak. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan pengumpulan data melalui analisis dokumen dan soal selidik yang diedarkan secara atas talian menggunakan Google Form kepada 60 responden di sekitar Lembah Klang, Malaysia. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 30.0 dan dipersembahkan secara deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan ibu bapa terhadap kesan negatif sharenting mencapai min keseluruhan 4.59 iaitu pada tahap tinggi. Ini menunjukkan ibu bapa tahu dan sedar bahawa sharenting memberi kesan negatif kepada kanak-kanak meskipun trend ini terus meningkat di media sosial. Sehubungan itu, pemantauan daripada pihak berkepentingan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak, SUHAKAM amat diperlukan khususnya melalui kempen kesedaran dan penyebaran infografik bagi mengelakkan implikasi negatif seperti gangguan privasi, buli siber dan masalah psikologi terhadap kanak-kanak.