Impak jenayah merempit menurut perundangan sivil dan perspektif hukum Islam

Kajian ini membincangkan isu jenayah merempit yang semakin membimbangkan masyarakat di Malaysia kerana bukan sahaja membahayakan nyawa pelaku, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Statistik menunjukkan peningkatan kemalangan dan kematian yang melibatkan penunggang motosikal, dan se...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Nur Adlin Sofiya Wan Muhammad Azan, Wafaa’ Yusof
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26700/1/Artikel-6-Impak-Jenayah-Merempit-Menurut-Perundangan-Sivil-dan-Perspektif-Hukum-Islam%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26700/
http://www.ukm.my/jcil/
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan isu jenayah merempit yang semakin membimbangkan masyarakat di Malaysia kerana bukan sahaja membahayakan nyawa pelaku, malah turut mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Statistik menunjukkan peningkatan kemalangan dan kematian yang melibatkan penunggang motosikal, dan sebahagian daripadanya dikaitkan dengan perlakuan berisiko seperti merempit, tindakan melulu, pengaruh rakan sebaya serta kelompangan dalam peruntukan undang-undang. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor yang mendorong peningkatan kes merempit, menganalisis peruntukan perundangan sivil dan hukum Islam yang berkaitan, serta menilai impaknya terhadap pelaku dan mangsa. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kepustakaan, dengan data dianalisis secara deskriptif dan tematik berdasarkan akta, fatwa negeri, jurnal akademik, serta laporan media. Hasil kajian menunjukkan bahawa peningkatan kes merempit dipengaruhi faktor sosial dan kelemahan penguatkuasaan. Hukuman sivil di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 didapati masih kurang berkesan, manakala dari perspektif Islam, perbuatan merempit dikategorikan sebagai kesalahan Ta‘zir kerana tiada hukuman khusus ditetapkan dalam al-Quran dan al-Sunnah. Namun begitu, ia membawa kemudaratan kepada diri dan orang lain, mengganggu ketenteraman awam, serta bertentangan dengan Maqasid Shari‘ah khususnya pemeliharaan nyawa (hifz alnafs). Implikasi kajian menegaskan keperluan kerjasama antara pihak berkuasa, pembuat dasar dan masyarakat dalam memperkukuh mekanisme pencegahan jenayah merempit, di samping memperkasa pendidikan moral dan agama sebagai strategi berterusan, selaras dengan Agenda 2030 Pembangunan Mampan khususnya SDG 3 dan SDG 16.