Implikasi fenomena childfree terhadap keseimbangan generasi: suatu tinjauan dari perspektif Islam
Fenomena childfree, iaitu keputusan sukarela pasangan berkahwin untuk tidak memiliki anak, semakin mendapat perhatian dalam masyarakat moden termasuk umat Islam di Malaysia. Pilihan ini sering dikaitkan dengan kebebasan individu, tekanan kewangan, keutamaan kerjaya dan kesetaraan gender. Kajian ini...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26699/1/Artikel-5-Implikasi-Fenomena-Childfree-terhadap-Keseimbangan-Generasi%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26699/ http://www.ukm.my/jcil/ |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Fenomena childfree, iaitu keputusan sukarela pasangan berkahwin untuk tidak memiliki anak, semakin mendapat perhatian dalam masyarakat moden termasuk umat Islam di Malaysia. Pilihan ini sering dikaitkan dengan kebebasan individu, tekanan kewangan, keutamaan kerjaya dan kesetaraan gender. Kajian ini meneliti implikasi fenomena childfree terhadap keseimbangan generasi serta kesinambungan keturunan dalam masyarakat Islam, di samping menilai isu ini dari perspektif hukum syariah. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kualitatif berbentuk kajian kepustakaan, melalui analisis terhadap al-Quran, hadis, pandangan fuqaha kontemporari dan literatur akademik, serta disokong temu bual separa struktur bagi mendapatkan pandangan lebih mendalam. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan dihimpunkan mengikut tema-tema tertentu bagi memahami isu secara lebih menyeluruh. Dapatan menunjukkan bahawa amalan childfree memberi kesan negatif kepada struktur demografi, khususnya penurunan kadar kelahiran, penguncupan tenaga kerja muda, dan peningkatan beban terhadap sistem sosial. Hal ini sekali gus menimbulkan cabaran kepada pertumbuhan ekonomi serta perancangan pembangunan negara
jangka panjang. Dari perspektif syariah, walaupun Islam tidak secara mutlak mengharamkan pilihan ini, keputusan untuk menolak zuriat tanpa sebab syarie dianggap bercanggah dengan maqāṣid shar’iyyah, terutama aspek penjagaan keturunan (ḥifẓ al-naṣl). Kajian ini mencadangkan agar fenomena childfree diteliti secara kritikal dalam kerangka nilai Islam, kerana ia juga bertentangan dengan Agenda 2030 Pembangunan Mampan, khususnya SDG 3 dan SDG 5 yang turut
diguna pakai Malaysia. |
|---|
