Tahap literasi politik masyarakat Sabah mengenai hubungan negeri-persekutuan berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dalam kerangka federalisme

Perdebatan tentang federalisme dalam bidang ilmu politik mula mendapat perhatian selepas Perang Dunia Kedua pada 1945 apabila negara-negara merdeka mula mencari bentuk sistem pemerintahan yang sesuai untuk diaplikasikan. Malaysia merupakan antara negara yang memilih sistem federalisme dengan sejarah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Nor Shazeelyna Abas, Novel Lyndon, Nur Hafizah Yusoff, Zaini Othman, Nadiah Safirah Suznan
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26684/1/%5B180-194%5D%20Tahap%20Literasi%20Politik%20Masyarakat%20Sabah%20Mengenai%20Hubungan%20Negeri.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26684/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perdebatan tentang federalisme dalam bidang ilmu politik mula mendapat perhatian selepas Perang Dunia Kedua pada 1945 apabila negara-negara merdeka mula mencari bentuk sistem pemerintahan yang sesuai untuk diaplikasikan. Malaysia merupakan antara negara yang memilih sistem federalisme dengan sejarah pembentukan persekutuannya yang unik menerusi penyatuan wilayah-wilayah yang berbeza dari segi pentadbiran dan budaya iaitu Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ketiga-tiga wilayah ini telah memeterai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai asas kepada proses dekolonisasi yang membawa kepada pembentukan Malaysia. Namun demikian, masih terdapat kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai literasi federalisme dan MA63. Kekeliruan ini seringkali berlaku dalam konteks pertembungan wacana politik serta pengaruh teknologi maklumat khususnya media sosial yang sering menjadi sumber maklumat utama masyarakat. Walau bagaimanapun, kesahihan dan ketelusan maklumat yang disebarkan melalui media sosial tidak dapat dipastikan sepenuhnya sekali gus memberi kesan kepada tahap literasi masyarakat. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk membincangkan tahap literasi masyarakat Sabah terhadap Perjanjian Malaysia dan konsep Federalisme dalam konteks hubungan antara Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu seramai 503 responden diperoleh dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif bagi menentukan tahap pengetahuan dan pemahaman responden terhadap MA63 dan konsep federalisme. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tahap literasi politik masyarakat Sabah berada pada tahap sederhana mengenai kefahaman terhadap prinsip pembahagian kuasa, hak-hak negeri serta Perjanjian Malaysia 1963 dalam kerangka hubungan antara negeri dan persekutuan.