Sokongan sosial pasca operasi untuk pegawai undercover: kajian di Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
Isu kesejahteraan mental pegawai undercover sering menjadi cabaran dalam operasi undercover di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lantaran itu, sokongan sosial sama ada secara formal mahupun tidak formal adalah amat penting khususnya dalam resosialisasi pegawai undercover ke dalam jabata...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26683/1/%5B303-315%5D%20Sokongan%20Sosial%20Pasca%20Operasi%20untuk%20Pegawai%20Undercover%5D.pdf http://journalarticle.ukm.my/26683/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Isu kesejahteraan mental pegawai undercover sering menjadi cabaran dalam operasi undercover di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Lantaran itu, sokongan sosial sama ada secara formal mahupun tidak formal adalah amat penting khususnya dalam resosialisasi pegawai undercover ke dalam jabatan kerja. Makalah ini ingin meneliti jenis sokongan sosial yang diterima oleh pegawai undercover setelah tamat operasi dan masuk semula ke persekitaran pekerjaan formal. Kajian kualitatif ini dilakukan dengan menemubual secara mendalam seramai sembilan orang informan yang terdiri daripada bekas pegawai undercover yang dipilih menggunakan pensampelan bertujuan. Dalam kajian ini, pengkaji memilih informan yang mempunyai latar belakang pengalaman dalam menjalankan tugas penyamaran bagi kes bersindiket. Hasil kajian mendapati pegawai undercover mendapat kedua-dua sokongan sosial formal dan tidak formal daripada pelbagai pihak termasuklah pegawai pengendali, rakan sekerja di Unit Perisikan, rakan sekerja di dalam dan luar SPRM. Hasil kajian turut menunjukkan bahawa sokongan emosi dan sokongan informasi merupakan bentuk sokongan yang paling dominan diterima. Sokongan sosial dilihat dapat mengurangkan tekanan semasa proses penyesuaian semula pegawai undercover dalam persekitaran pekerjaan formal. Implikasi teoretikal kajian ini adalah menjadikan pemulihan pegawai undercover lebih efektif dengan sokongan sosial seperti sokongan sosial formal daripada organisasi dan juga sokongan sosial tidak formal. Dari segi praktikal pula, kajian ini dapat dijadikan panduan kepada SPRM dan juga agensi penguatkuasaan yang lain dalam merangka dan menggubal dasar yang bersesuaian bagi membantu pegawai undercover semasa untuk menjalani proses resosialisasi dalam persekitaran pekerjaan formal dengan mengambil perhatian terhadap jenis sokongan sosial yang efektif dan praktikal. |
|---|
