Proses fonologi subdialek Melayu Bentong di Kampung Janda Baik, Pahang

Makalah ini meneliti dialek Pahang yang dituturkan di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang. Kajian terhadap dialek ini masih kurang dilakukan, khususnya di daerah Bentong. Objektif utama kajian ialah mengenal pasti proses fonologi yang wujud dalam Subdialek Melayu Bentong (SMB). Bagi mencapai tujuan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aisya Amalin Azman, Norfazila Ab. Hamid
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26677/1/%5B686-702%5D%20Proses%20Fonologi%20Subdialek%20Melayu%20Bentong%20di%20Kampung%20Janda%20Baik%2C%20Pahang.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26677/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini meneliti dialek Pahang yang dituturkan di Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang. Kajian terhadap dialek ini masih kurang dilakukan, khususnya di daerah Bentong. Objektif utama kajian ialah mengenal pasti proses fonologi yang wujud dalam Subdialek Melayu Bentong (SMB). Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian menggunakan pendekatan fonologi generatif dengan reka bentuk kualitatif yang merangkumi kajian kepustakaan dan kajian lapangan. Data dikumpulkan melalui temu bual, rakaman, dan catatan bersama penutur natif, sebelum dianalisis menggunakan kaedah deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa SMB mempunyai proses fonologi yang melibatkan bunyi vokal iaitu perluasan vokal, penyempitan vokal, dan nasalisasi vokal, serta proses fonologi yang melibatkan bunyi konsonan seperti pembentukan glotal [ʔ], pengguguran /r/, alternasi /s/, pengglotisan [ʔ], pengvelaran, penyisipan geluncuran, dan diftongisasi. Kajian ini membuktikan bahawa dialek Pahang memiliki keunikan tersendiri yang membezakannya daripada dialek lain di Malaysia. Hasil kajian diharapkan dapat memperkaya khazanah ilmu linguistik Melayu dan menarik minat penyelidik lain untuk mengkaji dialek Pahang secara lebih mendalam.