Model global pelaksanaan bandar sihat: analisis literatur bersistematik untuk panduan Malaysia

Pelaksanaan bandar sihat di Malaysia telah bermula semenjak tahun 1994, tetapi kedudukannya dalam gagasan pembangunan tempatan dilihat agak terkebelakang berbanding bandar pintar. Seiring peningkatan kes NCD di Malaysia, fungsi bandar sihat mula diperkasakan dalam Rancangan Tempatan bagi pembudayaan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhd Abdul Hadi Johari, Zanisah Man, Mohd. Yusof Hussain, Manimaran Krishnan
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26664/1/%5B559-572%5D%20Model%20Global%20Pelaksanaan%20Bandar%20Sihat.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26664/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pelaksanaan bandar sihat di Malaysia telah bermula semenjak tahun 1994, tetapi kedudukannya dalam gagasan pembangunan tempatan dilihat agak terkebelakang berbanding bandar pintar. Seiring peningkatan kes NCD di Malaysia, fungsi bandar sihat mula diperkasakan dalam Rancangan Tempatan bagi pembudayaan hidup sihat. Sebagai inisiatif baharu, maklumat berkenaan bandar sihat yang holistik diperlukan agar datanya dapat dirujuk sebagai panduan pelaksanaan di Malaysia. Kajian SLR ini bertujuan mengkaji model pelaksanaan bandar sihat global untuk panduan pelaksanaan di Malaysia. PRISMA digunakan sebagai kaedah kajian kerana prosedur menyaring datanya yang ketat bagi tujuan analisis sistematik. Melalui pencarian data di pangkalan Web of science, Scopus, dan Google scholar dengan kata kunci: “healthy city” OR “healthy city model”, sebanyak 574 bahan ilmiah bandar sihat ditemui. Namun, hanya 55 bahan ilmiah yang menepati kriteria penyelidikan SLR. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan dan tematik. Korpus bandar sihat global (tahun 1980-2020an) menjadi panduan penting bagi pelaksanaan bandar sihat di Malaysia. Datanya dalam bentuk dominasi kajian bandar sihat, fasa gagasan, dan pelaksanaannya. Dari sudut sumbangan kepada Malaysia, ia menyumbang panduan berikut, iaitu (i) punca kuasa bagi gagasan bandar sihat, (ii) model pemantauan pelaksanaan bandar sihat sepanjang proses pembangunan, (iii) model program bandar sihat yang bersifat integrasi, in-situ, dan berpusatkan rakyat serta mewakili pelaksanaan yang efektif, (iv) iktibar kemajuan membawa impak negatif kepada negara-negara sedang membangun, (v) pembangunan mikro mengesampingkan gagasan pembangunan yang lebih besar, dan (vi) model pembangunan berasaskan komuniti menokok nilai tambah yang positif terhadap pembangunan tersebut. Dapatan kajian ini menyumbang asas bagi memperkasakan program promosi kesihatan dalam bandar sihat.