Kata kerja tanpa argumen dalam Bahasa Melayu

Makalah ini bertujuan menghuraikan kata kerja tanpa argumen dalam bahasa Melayu. Secara umum, kata kerja dalam bahasa Melayu sering dianggap mempunyai argumen sama ada berbentuk subjek ataupun objek dalam binaan ayatnya. Walau bagaimanapun, belum terdapat kajian mendalam yang meneliti secara khusus...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Lian, Ching Wei, Nasrun Alias, Lee, Angelin Chai Siah
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26658/1/%5B761-772%5D%20Kata%20Kerja%20Tanpa%20Argumen%20Dalam%20Bahasa%20Melayu%20%28Zero-Argument%20Verbs%20in%20Malay%29.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26658/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Makalah ini bertujuan menghuraikan kata kerja tanpa argumen dalam bahasa Melayu. Secara umum, kata kerja dalam bahasa Melayu sering dianggap mempunyai argumen sama ada berbentuk subjek ataupun objek dalam binaan ayatnya. Walau bagaimanapun, belum terdapat kajian mendalam yang meneliti secara khusus kata kerja tanpa argumen dalam bahasa Melayu. Ramli (1995) pernah menyentuh tentang subjek pleonastik di dalam bukunya. Namun, perbincangan tersebut hanya bersifat sepintas lalu dan tidak pernah dikaji secara mendalam sehingga kini. Sehubungan itu, kajian ini menumpukan dua jenis kata, iaitu hujan dan panas yang boleh berfungsi sebagai kata kerja. Menurut Kamus Dewan Perdana, kata hujan berstatus kata nama, manakala panas termasuk dalam golongan kata adjektif. Dengan kata lain, bagi membuktikan bahawa bahasa Melayu mempunyai/memiliki kata kerja tanpa argumen, kata kerja cuaca hujan dan panas dipilih atas rasional bahawa kata-kata ini dapat berfungsi sebagai predikat yang berdiri sendiri tanpa sebarang argumen, termasuk frasa nama subjek dalam ayat. Kajian ini hanya menumpukan pada kata kerja cuaca dalam bahasa Melayu baku. Dapatan kajian membuktikan bahawa kata kerja cuaca ialah sejenis kata kerja tanpa argumen dalam bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu tergolong ke dalam jenis bahasa pro-drop (subjek boleh digugurkan) dan tidak memerlukan subjek nyata, mahupun subjek pleonastik. Dengan erti kata lain, bahasa Melayu kadangkala tidak memerlukan subjek nyata (overt subject) di dalam binaan ayatnya. Kajian ini membuktikan bahawa kata hujan dan panas boleh berdiri sendiri sebagai unsur predikat, dan boleh didahului atau diikuti oleh frasa adverba.