Impak cukai dan subsidi terhadap bil utiliti pengguna
Utiliti merupakan antara keperluan utama masyarakat moden masa kini terutama sekali masyarakat bandar. Namun, pelaksanaan cukai dan subsidi terhadap utiliti tertentu terutama sekali air, elektrik dan internet dilihat mempengaruhi kebajikan pengguna. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis p...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26654/1/_235-2~1.PDF http://journalarticle.ukm.my/26654/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Utiliti merupakan antara keperluan utama masyarakat moden masa kini terutama sekali masyarakat bandar. Namun, pelaksanaan cukai dan subsidi terhadap utiliti tertentu terutama sekali air, elektrik dan internet dilihat mempengaruhi kebajikan pengguna. Justeru, kajian ini bertujuan untuk menganalisis persepsi pengguna terhadap impak pelaksanaan cukai dan subsidi ke atas bil utiliti pengguna. Soalselidik telah diedarkan dan dijawab oleh responden yang tinggal di Lembah Klang secara bersemuka dan atas talian. Kesemua maklumat daripada soalselidik ini dianalisis dengan menggunakan analisis faktor. Keputusan menunjukkan pelaksanaan dasar cukai dan subsidi terhadap bil utiliti bulanan signifikan memberi kesan kepada penduduk Lembah Klang dari 2 aspek. Pertama, penjimatan subsidi dari bil elektrik dapat digunakan bagi pembelian keperluan harian yang lain manakala penjimatan subsidi dari bil air digunakan untuk menambah tabungan keluarga. Kedua, pemberian subsidi wajar diberikan ke atas perkhidmatan sanitasi agar peningkatan kuasa beli keluarga berlaku memandangkan penjimatan dari subsidi tersebut boleh digunakan untuk perbelanjaan lain. Memandangkan kajian ini mengambilkira kesan pelaksanaan cukai dan subsidi secara serentak ke atas bil utiliti pengguna, lantas kesan sebenar jumlah sesuatu bil utiliti terhadap kebajikan pengguna dapat diperhalusi. Justeru, kadar cukai perkhidmatan dan subsidi perlu sentiasa dikaji oleh kerajaan mengikut situasi semasa terutama sekali dengan mengambilkira kesan inflasi agar kebajikan pengguna tidak terjejas. |
|---|
