Bunga Anggerik di Atas Pagar: satu analisis berdasarkan perspektif pengkaedahan alamiah

Manuskrip Melayu merupakan khazanah intelektual yang mencerminkan keunggulan tamadun masyarakat Melayu tradisional dan juga warisan berharga yang ditinggalkan oleh para ulama serta cendekiawan Melayu hasil daripada pengaruh kedatangan Islam ke Alam Melayu. Manuskrip Melayu ialah sebuah dokumen bertu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fatin Farah Adlina Mazlan, Zubir Idris
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26624/1/_716-7~1.PDF
http://journalarticle.ukm.my/26624/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Manuskrip Melayu merupakan khazanah intelektual yang mencerminkan keunggulan tamadun masyarakat Melayu tradisional dan juga warisan berharga yang ditinggalkan oleh para ulama serta cendekiawan Melayu hasil daripada pengaruh kedatangan Islam ke Alam Melayu. Manuskrip Melayu ialah sebuah dokumen bertulis tangan dalam tulisan Jawi yang merangkumi pelbagai bidang seperti agama, perubatan, undang-undang, sejarah dan sastera. Makalah ini memberi tumpuan kepada naskhah Bunga Anggerik di Atas Pagar iaitu sebuah manuskrip lama yang tidak terdapat dalam pangkalan data kajian di institusi pengajian tinggi sama ada peringkat tempatan mahupun antarabangsa. Ketiadaan rekod dalam pangkalan data menunjukkan bahawa naskhah tersebut belum pernah menjadi subjek dalam kajian akademik. Naskhah ini merupakan manuskrip yang berunsurkan Islam dan telah diperoleh dari Perpustakaan Negara Malaysia dengan kod manuskripnya MKM 4842. Kaedah analisis yang digunakan ialah Pengkaedahan Alamiah berdasarkan Teori Pengkaedahan Melayu yang digagaskan oleh Hashim Awang pada tahun 1989. Pengkaedahan Alamiah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu pendekatan gunaan, moral dan firasat. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa elemen persekitaran seperti alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat, di samping moral positif dan negatif yang mampu dijadikan panduan kehidupan serta firasat mimpi sebagai petunjuk dalam menyelesaikan konflik. Perbincangan dalam makalah ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan manuskrip Melayu sebagai warisan intelektual yang bernilai tinggi.