Analisis keperluan guru bukan opsyen terhadap pembangunan modul pembelajaran mudah alih bagi pengajaran Pendidikan Jasmani

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan guru bukan opsyen terhadap pembangunan modul pembelajaran mudah alih bagi pengajaran Pendidikan Jasmani. Kajian analisis keperluan ini melihat dari aspek kepuasan guru terhadap bahan rujukan sedia ada, masalah dalam pengajaran Pendidikan Jasmani, s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Syed Mohd Najib Syed Yahya, Nur Shakila Mazalan, Khairul Azhar Jamaludin
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26615/1/%5B467-484%5D%20Analisis%20Keperluan%20Guru%20Bukan%20Opsyen%20terhadap%20Pembangunan%20Modul%20Pembelajaran.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26615/
http://ejournal.ukm.my/ebangi/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan guru bukan opsyen terhadap pembangunan modul pembelajaran mudah alih bagi pengajaran Pendidikan Jasmani. Kajian analisis keperluan ini melihat dari aspek kepuasan guru terhadap bahan rujukan sedia ada, masalah dalam pengajaran Pendidikan Jasmani, serta persetujuan mereka terhadap keperluan pembangunan modul pembelajaran mudah alih bagi pengajaran Pendidikan Jasmani. Kajian kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen dan melibatkan 354 orang guru bukan opsyen Pendidikan Jasmani sebagai responden kajian. Responden yang dipilih secara rawak berstrata yang dipilih dari satu negeri bagi mewakili setiap zon di seluruh Malaysia. Dapatan analisis deskriptif menunjukkan kepuasan guru terhadap bahan rujukan sedia ada dalam Pendidikan Jasmani berada pada tahap sederhana (M = 3.40, SP = 0.743). Masalah guru bukan opsyen dalam pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani pada tahap sederhata tinggi (M = 3.54, SP = 0.796). dan juga tahap persetujuan guru terhadap keperluan pembangunan modul pembelajaran mudah alih bagi pengajaran Pendidikan Jasmani berada pada adalah tinggi (M = 4.11, SP = 0.642). Dapatan ini menunjukkan bahawa persetujuan guru bukan opsyen Pendidikan Jasmani terhadap pembangunan modul pembelajaran mudah alih bagi pengajaran Pendidikan Jasmani adalah positif berikutan mereka menghadapi masalah dari sudut pengetahuan, kemahiran mengajar dan motivasi disamping kekurangan sumber bahan rujukan sedia ada. Maka, kajian ini menunjukkan bahawa integrasi teknologi aplikasi mudah alih dalam pembangunan modul bagi pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani amat diperlukan oleh guru bukan opsyen. Justeru, pembangunan modul ini berpotensi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru bukan opsyen dalam pengajaran Pendidikan Jasmani.