Analisis keberkesanan dan kepuasan terhadap program pembangunan kapasiti wanita di Malaysia (2022-2023)
Pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti wanita telah dilaksanakan di Malaysia sebagai strategi untuk memperkasa kedudukan ekonomi wanita, khususnya dalam menjana pendapatan secara mampan. Kajian ini dijalankan bagi menilai hubungan antara tahap keberkesanan program pembangunan kapasiti wanita yang d...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26612/1/_1-13_~1.PDF http://journalarticle.ukm.my/26612/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Pelbagai inisiatif pembangunan kapasiti wanita telah dilaksanakan di Malaysia sebagai strategi untuk memperkasa kedudukan ekonomi wanita, khususnya dalam menjana pendapatan secara mampan. Kajian ini dijalankan bagi menilai hubungan antara tahap keberkesanan program pembangunan kapasiti wanita yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan tahap kepuasan peserta program. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui reka bentuk survei, melibatkan 261 orang wanita yang telah menyertai program pembangunan kapasiti anjuran JPW. Teknik persampelan bertujuan digunakan bagi mendapatkan sampel yang relevan, manakala instrumen kajian terdiri daripada soal selidik berskala Likert lima mata. Analisis deskriptif telah dilaksanakan bagi menilai tahap keberkesanan program dan tahap kepuasan peserta, yang diklasifikasikan kepada tiga aras utama, iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan program berada pada aras tinggi, seiring dengan tahap kepuasan peserta yang turut berada pada aras yang sama. Hubungan positif yang wujud antara keberkesanan program dan kepuasan peserta memberikan petunjuk bahawa kualiti pelaksanaan program memainkan peranan yang signifikan dalam membentuk persepsi serta tahap kepuasan peserta terhadap program yang dijalankan. Kajian ini mencadangkan agar program pembangunan kapasiti wanita diteruskan dengan penambahbaikan berterusan yang mengambil kira keperluan semasa serta ciri-ciri khusus kumpulan sasar. |
|---|
