Analisis faktor penerokaan terhadap halangan dan efikasi kendiri guru lelaki dalam pendidikan awal kanak-kanak: kajian rintis di Malaysia
Kajian ini merupakan kajian rintis bertujuan untuk mengenal pasti struktur faktor yang mendasari halangan gender dan efikasi kendiri dalam kalangan guru lelaki prasekolah di Malaysia. Isu kekurangan penyertaan guru lelaki dalam pendidikan awal kanak-kanak sering dikaitkan dengan stereotaip sosial, n...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26611/1/_375-3~1.PDF http://journalarticle.ukm.my/26611/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini merupakan kajian rintis bertujuan untuk mengenal pasti struktur faktor yang mendasari halangan gender dan efikasi kendiri dalam kalangan guru lelaki prasekolah di Malaysia. Isu kekurangan penyertaan guru lelaki dalam pendidikan awal kanak-kanak sering dikaitkan dengan stereotaip sosial, norma budaya, dan tekanan maskuliniti yang boleh menjejaskan keyakinan profesional mereka. Seramai 100 orang guru lelaki prasekolah telah terlibat dalam kajian rintis ini melalui penggunaan dua instrumen yang telah diadaptasi dan disahkan kandungannya, iaitu Male Primary Teacher Gender Challenge Inventory (MPTGCI) dan Teacher Sense of Efficacy Scale (TSES) versi pendek. Data dianalisis menggunakan kaedah Exploratory Factor Analysis (EFA) dengan pendekatan Principal Component Analysis dan putaran varimax. Dapatan menunjukkan bahawa konstruk halangan guru terdiri daripada dua faktor utama, manakala efikasi kendiri terbentuk melalui tiga dimensi iaitu pengurusan bilik darjah, penglibatan murid, dan strategi pengajaran. Kesemua konstruk mencatat nilai Cronbach’s alpha melebihi 0.80, menandakan kebolehpercayaan dalaman yang tinggi. Kajian ini mengukuhkan keperluan penyesuaian instrumen psikometrik berdasarkan konteks budaya tempatan dan menyarankan supaya analisis lanjut seperti Confirmatory Factor Analysis (CFA) dijalankan bagi mengesahkan model yang diperoleh. Implikasinya, kajian ini menyediakan asas empirikal untuk memahami cabaran serta kekuatan guru lelaki dalam pendidikan awal, seterusnya menyokong dasar pengambilan dan latihan yang lebih bersifat inklusif. |
|---|
