Amalan ritual miring dalam Sambutan Perayaan Hari Gawai Sandau Ari masyarakat Iban di Daerah Pakan, Sarikei, Sarawak
Masyarakat Iban mempunyai banyak budaya menarik yang tidak diamalkan oleh suku kaum lain di Sarawak. Gawai Sandau Ari merupakan sebuah perayaan yang diraikan oleh masyarakat Iban dengan penuh adat dan pantang larang yang masih kekal dipegang sejak turun temurun. Amalan ini merupakan upacara penting...
Saved in:
| Main Authors: | , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26610/1/_773-7~1.PDF http://journalarticle.ukm.my/26610/ http://ejournal.ukm.my/ebangi/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Masyarakat Iban mempunyai banyak budaya menarik yang tidak diamalkan oleh suku kaum lain di Sarawak. Gawai Sandau Ari merupakan sebuah perayaan yang diraikan oleh masyarakat Iban dengan penuh adat dan pantang larang yang masih kekal dipegang sejak turun temurun. Amalan ini merupakan upacara penting dan unik dalam tradisi masyarakat Iban di Sarawak. Gawai Sandau Ari lazimnya bersifat lebih individual atau kekeluargaan. Nama "Sandau Ari" bermaksud "tengah hari" atau "puncak hari," dan pelaksanaannya pada siang hari. Gawai Sandau Ari merupakan amalan melibatkan ritual penting yang dikenali sebagai ritual miring. Ritual miring merupakan kemuncak perayaan Gawai Sandau Ari dalam masyarakat Iban. Ia merupakan sebuah ritual persembahan dan/serta medium komunikasi dengan alam spiritual. Objektif penulisan ini adalah untuk menjelaskan amalan ritual miring dalam sambutan perayaan Hari Gawai Sandau Ari masyarakat Iban di daerah Pakan, Sarikei, Sarawak. Kajian ini dijalankan menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah kajian lapangan dan temu bual separa berstruktur bersama tokoh yang berpengetahuan dalam perayaan Gawai. Sampel kajian terdiri daripada ketua adat yang mahir dalam melaksanakan ritual ini. Seterusnya kaedah kepustakaan turut digunakan bagi menyokong data utama yang diperolehi melalui kajian lapangan. Hasil kajian menunjukkan bahawa amalan Gawai Sandau Ari dan ritual miring masih terusdiamalkan oleh masyarakat Iban di rumah panjang kawasan Segala aspek pelaksanaan amalan ritual masih dikekalkan dan perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Walaupun arus modenisasi telah semakin berkembang, ritual tradisional ini masih aktif dipraktikkan oleh masyarakat Iban dan terus diwarisi hingga kini. |
|---|
