Pemprofesionalan pekerjaan jurubahasa di Malaysia: tinjauan dalam kalangan jurubahasa
Walaupun bidang kejurubahasaan telah diamalkan sejak zaman berzaman di seantero dunia, sebagai disiplin akademik, ia masih baharu. Perkembangan bidang pengajian kejurubahasaan didorong oleh usaha untuk meningkatkan status jurubahasa sebagai profesion yang diiktiraf masyarakat. Di Malaysia, tah...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26602/1/Gema%20Online_25_4_10.pdf http://journalarticle.ukm.my/26602/ https://ejournal.ukm.my/gema/issue/view/1866 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Walaupun bidang kejurubahasaan telah diamalkan sejak zaman berzaman di seantero dunia,
sebagai disiplin akademik, ia masih baharu. Perkembangan bidang pengajian kejurubahasaan
didorong oleh usaha untuk meningkatkan status jurubahasa sebagai profesion yang diiktiraf
masyarakat. Di Malaysia, tahap pemprofesionalan bidang kejurubahasaan masih rendah dengan
pelbagai cabaran berkaitan status, keterlihatan, identiti profesional, kredibiliti dan kawalan kualiti
meskipun industri penterjemahan telah lama bertapak di negara ini. Makalah ini bertujuan meneliti
tahap kesiapsiagaan dan sikap jurubahasa di Malaysia terhadap pemprofesionalan, serta meninjau
bagaimana proses ini dapat dibentuk dalam konteks tempatan. Dua persoalan utama dikemukakan:
(1) Apakah profil sosiodemografi dan pekerjaan jurubahasa di Malaysia? dan (2) Apakah
pandangan mereka terhadap empat dimensi pemprofesionalan—status, pensijilan, pendidikan, dan
latihan, serta sokongan institusi? Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan soal selidik dengan
teknik persampelan rantaian melibatkan 50 orang jurubahasa di Malaysia. Dapatan menunjukkan
bahawa majoriti responden menyokong pemprofesionalan melalui pensijilan, pendidikan, latihan,
dan penglibatan institusi, walaupun kebanyakan daripada mereka bekerja secara bebas tanpa
pendidikan tinggi khusus dalam bidang kejurubahasaan. Pengalaman kerja didapati menjadi
sumber utama keyakinan profesional mereka. Bagi mengukuhkan profesion, model pendidikan
fleksibel berasaskan APEL dan program latihan khusus untuk pensijilan profesional dicadangkan
bagi memperluaskan akses, menyokong pembelajaran sepanjang hayat, serta melahirkan
jurubahasa kompeten yang diiktiraf dan relevan dengan keperluan industri semasa. |
|---|
