Penentuan potensi air bawah tanah menggunakan kaedah keberintangan geoelektrik dan pengutuban teraruh di kawasan terpilih sekitar Lembangan Sungai Klang
Kepesatan pembangunan dan peningkatan populasi penduduk di Lembangan Sungai Klang menuntut keperluan penerokaan sumber air alternatif yang lebih terjamin. Kajian ini menilai potensi air bawah tanah di kawasan batu kapur dan batu metasedimen di sekitar Surau Ad Dinniyah (Batu Caves), Kg. Malaysia Tam...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26545/1/SMD%201.pdf http://journalarticle.ukm.my/26545/ https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num12_2025/contentsVol54num12_2025.html |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kepesatan pembangunan dan peningkatan populasi penduduk di Lembangan Sungai Klang menuntut keperluan penerokaan sumber air alternatif yang lebih terjamin. Kajian ini menilai potensi air bawah tanah di kawasan batu kapur dan batu metasedimen di sekitar Surau Ad Dinniyah (Batu Caves), Kg. Malaysia Tambahan (Sungai Besi), Jariah Agro Farm (Shah Alam), Masjid Raja Al Fisabilillah (Cyberjaya) dan Universiti Malaya Perdana Siswa (Petaling Jaya) menggunakan gabungan kaedah keberintangan geoelektrik 2D, pengutuban teraruh (IP) dan korelasi data lubang gerudi. Beberapa garis survei merentasi Formasi Batu Kapur Kuala Lumpur dan Formasi Bukit Kenny direkodkan dengan nilai ralat RMS model songsangan antara 19.8% hingga 48.7%. Julat keberintangan yang diperoleh ialah 0.5–5000 Ωm, manakala kebolehcasan berjulat 0.5–200 ms. Zon potensi akuifer dikenal pasti pada julat keberintangan 0–200 Ωm dan kebolehcasan 0–50 ms. Hasil korelasi menunjukkan batuan metasedimen, khususnya batu pasir Formasi Bukit Kenny mempunyai potensi air bawah tanah yang lebih tinggi berbanding batu kapur, di mana lapisan batu pasir tepu air yang tebal dan berpori dengan lapisan lempung sebagai penakung membentuk sistem akuifer yang ideal. Sebaliknya, sistem akuifer batu kapur–marmar yang tinggi kerintangan hanya menunjukkan zon air setempat yang dikawal oleh rekahan dan rongga kars. Dapatan ini boleh dijadikan panduan awal dalam mengenal pasti zon prospek telaga dan menyokong pengurusan air bawah tanah secara mampan di Lembangan Sungai Klang. |
|---|
