Pencantuman foto-UV akrilat terfungsian pada getah asli terepoksida sebagai pengikat dalam bateri litium-ion
Kajian ini memfokuskan kepada pengubahsuaian terhadap getah asli terepoksida-25% (ENR-25) melalui proses fotopempolimeran menggunakan sinaran UV bersama etilena glikol metil eter akrilat (EGMEA) bagi menghasilkan bahan pengikat baharu berasaskan getah yang dikenali sebagai Poli(EGMEA-g-ENR). ENR-25...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26522/1/SSS%2015.pdf http://journalarticle.ukm.my/26522/ https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num11_2025/contentsVol54num11_2025.html |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Kajian ini memfokuskan kepada pengubahsuaian terhadap getah asli terepoksida-25% (ENR-25) melalui proses fotopempolimeran menggunakan sinaran UV bersama etilena glikol metil eter akrilat (EGMEA) bagi menghasilkan bahan pengikat baharu berasaskan getah yang dikenali sebagai Poli(EGMEA-g-ENR). ENR-25 dipilih disebabkan sifat elastomer semula jadinya yang fleksibel serta keupayaannya membentuk struktur rangkaian silang yang stabil. EGMEA pula berperanan sebagai penderma kumpulan akrilat yang bersifat polar, yang berpotensi meningkatkan interaksi dengan ion litium dan menambah baik sifat mekanikal serta lekatan pengikat terhadap komposit bahan aktif dalam elektrod. Hasil pencirian menunjukkan bahawa pencantuman EGMEA telah berjaya memperkenalkan kumpulan berfungsi -COOR (ester) ke dalam struktur polimer ENR-25, sekali gus meningkatkan keupayaan penyerapan ion dan sifat elektrokimia. Bahan pengikat Poli(EGMEA-g-ENR) yang dihasilkan menunjukkan rintangan pemindahan cas yang jauh lebih rendah (171.3 Ω) berbanding ENR-25 tulen (16,319.0 Ω). Ujian galvanostatik turut mencatatkan kapasiti nyahcas awal sebanyak 144.43 mAh g -1 dengan kecekapan Coulombik mencapai 96.75%. Secara keseluruhan, hasil kajian ini membuktikan bahawa pengubahsuaian ENR-25 melalui fotopempolimeran dengan EGMEA berpotensi menghasilkan bahan pengikat mesra alam yang berprestasi tinggi untuk aplikasi dalam bateri litium-ion. |
|---|
