Menilai potensi polisakarida yang diekstrak daripada Arthrospira platensis A1 sebagai sumber prebiotik kepada Bacillus velezensis FS26
Prebiotik ialah karbohidrat tidak hadam yang digunakan secara selektif oleh probiotik untuk memberi manfaat kepada kesihatan perumah. Arthrospira platensis berpotensi sebagai prebiotik kerana kehadiran polisakarida kompleks dalam strukturnya. Walau bagaimanapun, tiada kajian yang memfokuskan kepada...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26516/1/SSS%209.pdf http://journalarticle.ukm.my/26516/ https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num11_2025/contentsVol54num11_2025.html |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Prebiotik ialah karbohidrat tidak hadam yang digunakan secara selektif oleh probiotik untuk memberi manfaat kepada kesihatan perumah. Arthrospira platensis berpotensi sebagai prebiotik kerana kehadiran polisakarida kompleks dalam strukturnya. Walau bagaimanapun, tiada kajian yang memfokuskan kepada potensi prebiotik daripada polisakarida sianobakteria ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menilai polisakarida yang diekstrak daripada A. platensis A1 dan kesan prebiotiknya terhadap pertumbuhan probiotik akuakultur B. velezensis FS26. Polisakarida larut air telah diekstrak daripada A. platensis A1 menggunakan kaedah pemanasan bertekanan tinggi (121 ºC, 15 minit) dan air panas (90 ºC, 3 jam). Polisakarida mentah bagi kedua-dua kaedah pengekstrakan menunjukkan >85% ketidakcernaan dalam jus gastrik (pH 1-5) pada pengeraman sehingga enam jam. Puncak utama dalam analisis FTIR telah dikesan masing-masing pada panjang gelombang 860, 1000-1200 dan 3300-3400 cm -1 , menunjukkan kehadiran ikatan α-glikosidik, cincin piranosa dan getaran hidroksil. Kehadiran sebatian larut air turut dikesan menggunakan spektrofotometer UV-Vis pada panjang gelombang 300- 400 nm dalam kedua-dua ekstrak polisakarida. Selain itu, polisakarida daripada A. platensi boleh digunakan oleh probiotik B. velezensis FS26 berdasarkan ujian karbohidrat merah fenol yang mana berlaku perubahan warna merah ke kuning/oren. Di samping itu, polisakarida yang diekstrak menggunakan pemanasan bertekanan tinggi menunjukkan pertumbuhan yang ketara untuk B. velezensis FS26 dalam kedua-dua media diperkaya dan minimum masing-masing pada bacaan 0.6 × 10 9 dan 7.1 × 10 9 CFU/mL, berbanding ekstrak air panas, inulin atau tiada karbohidrat. Kesimpulannya, polisakarida mentah daripada A. platensis A1 mempunyai aktiviti prebiotik untuk probiotik B. velezensis FS26 dan berpotensi sebagai sinbiotik dalam akuakultur. |
|---|
