Penjanaan semula dan kedinamikan pembentukan luang kanopi hutan paya bakau

Dinamik penjanaan semula hutan bermula daripada pembentukan luang kanopi dengan menyediakan persekitaran yang sesuai bagi pertumbuhan di dalam kawasan luang itu. Penyelidikan ini bertujuan untuk memahami peranan luang kanopi dalam penjanaan semula jadi hutan paya bakau melalui penentuan saiz dan kek...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Norilani Wan Ismail, Ahmad Fitri Zohari, Wan Juliana Wan Ahmad, A. Latiff Mohamad
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26510/1/SSS%203.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26510/
https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num11_2025/contentsVol54num11_2025.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
_version_ 1858061940671119360
author Wan Norilani Wan Ismail,
Ahmad Fitri Zohari,
Wan Juliana Wan Ahmad,
A. Latiff Mohamad,
author_facet Wan Norilani Wan Ismail,
Ahmad Fitri Zohari,
Wan Juliana Wan Ahmad,
A. Latiff Mohamad,
author_sort Wan Norilani Wan Ismail,
building Tun Sri Lanang Library
collection Institutional Repository
content_provider Universiti Kebangsaan Malaysia
content_source UKM Journal Article Repository
continent Asia
country Malaysia
description Dinamik penjanaan semula hutan bermula daripada pembentukan luang kanopi dengan menyediakan persekitaran yang sesuai bagi pertumbuhan di dalam kawasan luang itu. Penyelidikan ini bertujuan untuk memahami peranan luang kanopi dalam penjanaan semula jadi hutan paya bakau melalui penentuan saiz dan kekerapan luang mengikut kawasan dan tahun serta penganggaran kadar penjanaan semula luang kanopi dan hutan. Hasilnya dapat memberi garis panduan terhadap pengurusan hutan paya bakau yang lebih baik. Penyelidikan ini telah dijalankan di luang kanopi yang terhasil secara semula jadi di dalam kompartmen enam Hutan Simpan Sungai Kisap, Pulau Langkawi. Empat siri imej satelit (tahun 2006, 2010, 2012, 2014) telah dibandingkan bagi mendapatkan saiz dan purata masa antara dua kemunculan luang kanopi di dalam empat buah plot kajian dan digunakan dalam penganggaran kadar penutupan luang kanopi. Peta dan Nilai Indeks Vegetasi iaitu Normalised Difference Vegetation Index (NDVI) juga diperoleh untuk menganggar keluasan litupan tumbuhan di seluruh kawasan kajian. Sejumlah 17 luang direkodkan di dalam plot kajian dengan julat purata saiz luang 40-183 m 2 dan kekerapannya pula bertambah mengikut tahun. Purata kadar penjanaan semula luang berada dalam julat 55-150 m 2 tahun -1 , manakala, penjanaan semula kanopi hutan menunjukkan purata julat yang amat besar, iaitu 432-5921 tahun, namun stabil kerana tempoh yang diambil semakin berkurang mengikut masa. Kawasan dengan litupan tumbuhan pula berkurang secara signifikan daripada tahun 2010 ke 2013 sebanyak 40.7% disebabkan oleh pembangunan di kawasan sekitarnya (gangguan antropogen). Kadar penjanaan semula hutan ini adalah tidak tekal disebabkan pembentukan luang dengan kekerapan yang berbeza pada kawasan dan waktu yang berbeza. Walaupun pembentukan luang kanopi adalah faktor penting untuk kedinamikan, namun ia akan menjejaskan proses penjanaan semula jadi dalam keadaan berlebihan. Jadi, gangguan perlu diuruskan dengan baik supaya proses penjanaan semula kanopi hutan sentiasa berada di tahap optimum.
format Article
id my-ukm.journal.26510
institution Universiti Kebangsaan Malaysia
language en
publishDate 2025
publisher Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
record_format eprints
spelling my-ukm.journal.265102026-02-03T03:54:55Z http://journalarticle.ukm.my/26510/ Penjanaan semula dan kedinamikan pembentukan luang kanopi hutan paya bakau Wan Norilani Wan Ismail, Ahmad Fitri Zohari, Wan Juliana Wan Ahmad, A. Latiff Mohamad, Dinamik penjanaan semula hutan bermula daripada pembentukan luang kanopi dengan menyediakan persekitaran yang sesuai bagi pertumbuhan di dalam kawasan luang itu. Penyelidikan ini bertujuan untuk memahami peranan luang kanopi dalam penjanaan semula jadi hutan paya bakau melalui penentuan saiz dan kekerapan luang mengikut kawasan dan tahun serta penganggaran kadar penjanaan semula luang kanopi dan hutan. Hasilnya dapat memberi garis panduan terhadap pengurusan hutan paya bakau yang lebih baik. Penyelidikan ini telah dijalankan di luang kanopi yang terhasil secara semula jadi di dalam kompartmen enam Hutan Simpan Sungai Kisap, Pulau Langkawi. Empat siri imej satelit (tahun 2006, 2010, 2012, 2014) telah dibandingkan bagi mendapatkan saiz dan purata masa antara dua kemunculan luang kanopi di dalam empat buah plot kajian dan digunakan dalam penganggaran kadar penutupan luang kanopi. Peta dan Nilai Indeks Vegetasi iaitu Normalised Difference Vegetation Index (NDVI) juga diperoleh untuk menganggar keluasan litupan tumbuhan di seluruh kawasan kajian. Sejumlah 17 luang direkodkan di dalam plot kajian dengan julat purata saiz luang 40-183 m 2 dan kekerapannya pula bertambah mengikut tahun. Purata kadar penjanaan semula luang berada dalam julat 55-150 m 2 tahun -1 , manakala, penjanaan semula kanopi hutan menunjukkan purata julat yang amat besar, iaitu 432-5921 tahun, namun stabil kerana tempoh yang diambil semakin berkurang mengikut masa. Kawasan dengan litupan tumbuhan pula berkurang secara signifikan daripada tahun 2010 ke 2013 sebanyak 40.7% disebabkan oleh pembangunan di kawasan sekitarnya (gangguan antropogen). Kadar penjanaan semula hutan ini adalah tidak tekal disebabkan pembentukan luang dengan kekerapan yang berbeza pada kawasan dan waktu yang berbeza. Walaupun pembentukan luang kanopi adalah faktor penting untuk kedinamikan, namun ia akan menjejaskan proses penjanaan semula jadi dalam keadaan berlebihan. Jadi, gangguan perlu diuruskan dengan baik supaya proses penjanaan semula kanopi hutan sentiasa berada di tahap optimum. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025 Article PeerReviewed application/pdf en http://journalarticle.ukm.my/26510/1/SSS%203.pdf Wan Norilani Wan Ismail, and Ahmad Fitri Zohari, and Wan Juliana Wan Ahmad, and A. Latiff Mohamad, (2025) Penjanaan semula dan kedinamikan pembentukan luang kanopi hutan paya bakau. Sains Malaysiana, 54 (11). pp. 2605-2615. ISSN 0126-6039 https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num11_2025/contentsVol54num11_2025.html
spellingShingle Wan Norilani Wan Ismail,
Ahmad Fitri Zohari,
Wan Juliana Wan Ahmad,
A. Latiff Mohamad,
Penjanaan semula dan kedinamikan pembentukan luang kanopi hutan paya bakau
title Penjanaan semula dan kedinamikan pembentukan luang kanopi hutan paya bakau
title_full Penjanaan semula dan kedinamikan pembentukan luang kanopi hutan paya bakau
title_fullStr Penjanaan semula dan kedinamikan pembentukan luang kanopi hutan paya bakau
title_full_unstemmed Penjanaan semula dan kedinamikan pembentukan luang kanopi hutan paya bakau
title_short Penjanaan semula dan kedinamikan pembentukan luang kanopi hutan paya bakau
title_sort penjanaan semula dan kedinamikan pembentukan luang kanopi hutan paya bakau
url http://journalarticle.ukm.my/26510/1/SSS%203.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26510/
https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num11_2025/contentsVol54num11_2025.html
url_provider http://journalarticle.ukm.my/