Meneroka perspektif Islam berhubung dengan penahanan reman dan penambahbaikan undang-undang tatacara jenayah syariah di Malaysia

Undang-undang jenayah Syariah yang bersumberkan daripada prinsip Islam bertujuan memastikan keadilan dan kesaksamaan dalam proses perundangan. Namun, ketiadaan peruntukan berkaitan penahanan reman bagi siasatan kesalahan jenayah syariah di Malaysia, menimbulkan cabaran yang signifikan dalam pent...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Suhaizad Saifuddin, Hanifah Haydar Ali Tajuddin, Fatimah Yusro Hashim
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26504/1/Akademika_95_1_27.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26504/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1812
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Undang-undang jenayah Syariah yang bersumberkan daripada prinsip Islam bertujuan memastikan keadilan dan kesaksamaan dalam proses perundangan. Namun, ketiadaan peruntukan berkaitan penahanan reman bagi siasatan kesalahan jenayah syariah di Malaysia, menimbulkan cabaran yang signifikan dalam pentadbiran keadilan. Walaupun undang-undang Islam menekankan prinsip keadilan dan kesaksamaan (‘adl), ketiadaan peruntukan undang-undang yang jelas berhubung dengan penahanan reman merumitkan proses siasatan, khususnya dalam kes kes serius atau kompleks yang memerlukan lanjutan tempoh tahanan bagi mengumpul bukti yang mencukupi. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji asas jurispruden Islam berkaitan penahanan reman dengan menganalisis al-Quran, al-Sunnah, teks-teks klasik dan kontemporari berhubung dengan penahanan pesalah. Kajian ini juga menganalisis isu-isu yang timbul daripada ketiadaan peruntukan penahanan reman dalam kes jenayah Syariah di Malaysia. Selain itu, kajian ini bertujuan untuk mencadangkan penambahbaikan undang-undang berkaitan dengan penahanan reman. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mendapatkan data melalui sumber primer dan sekunder. Data tersebut dianalisis menerusi kaedah analisis kandungan dan deduktif. Hasil kajian mendapati bahawa Islam membenarkan penahanan reman dengan menggariskan syarat dan garis panduan yang harus dipatuhi. Oleh itu, ketiadaan peruntukan jelas berkaitan penahanan reman dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di Malaysia menyebabkan kesukaran kepada pegawai penguatkuasa khususnya dalam kes jenayah yang sukar dan kompleks. Kajian ini mengesyorkan agar peruntukan penahanan reman dimasukkan ke dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah di setiap negeri, bagi memperkasakan sistem perundangan syariah di Malaysia.