Analisis kecenderungan pengundi Melayu di DUN Batu Tiga Shah Alam Selangor menjelang PRN 2023

Pilihan Raya Umum Ke-15 telah menyaksikan kebangkitan politik identiti di mana pengundi Melayu khususnya lebih cenderung memilih berdasarkan latar belakang etnik dan agama. Fenomena ini dikenali sebagai ‘Gelombang Hijau’ yang didominasi oleh Perikatan Nasional (PN). Menjelang Pilihan Raya Negeri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Mazlan Ali, Adibah Yasmin Alias
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26493/1/Akademika_95_1_16.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26493/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1812
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pilihan Raya Umum Ke-15 telah menyaksikan kebangkitan politik identiti di mana pengundi Melayu khususnya lebih cenderung memilih berdasarkan latar belakang etnik dan agama. Fenomena ini dikenali sebagai ‘Gelombang Hijau’ yang didominasi oleh Perikatan Nasional (PN). Menjelang Pilihan Raya Negeri 2023, ‘Gelombang Hijau’ ini dilihat berpotensi untuk menggugat kestabilan politik di Selangor khususnya di kawasan populasi Melayu yang besar. Walau bagaimanapun, kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang dibina pasca PRU-15 dilihat sebagai strategi untuk mengekang ‘Gelombang Hijau’ ini. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kecenderungan pengundi Melayu di DUN Batu Tiga Shah Alam menjelang PRN 2023. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menerusi kaedah tinjauan (survey) di lapangan sekitar bulan Julai 2023. Kajian ini melibatkan penduduk N41 Batu Tiga Shah Alam yang meliputi 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM). Terdapat 372 orang responden terlibat dalam kajian ini dan dipilih menerusi kaedah berstrata bernisbah purposive. Data kajian juga di analisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapat dua faktor dominan dalam melihat kecenderungan pengundi Melayu terhadap kerjasama Pakatan Harapan dan Barisan Nasional. Faktor tersebuat ialah faktor pilihan rasional dan faktor identifikasi parti. Sebagai rumusan, jelaslah bahawa orang Melayu di DUN Batu Tiga ini dominan cenderung untuk memilih gabungan kerjasama PH dan BN disebabkan mereka yakin gabungan ini boleh menyelesaikan masalah setempat dan meningkatkan kesejahteraan hidup berbanding politik perkauman.