Kajian risiko dan keselamatan dalam aktiviti luar kanak-kanak ke arah pemantapan pembelajaran: analisis bibliometrik

Kajian risiko dan keselamatan dalam aktiviti luar kanak-kanak masih kurang mendapat perhatian yang mendalam, walaupun potensi risiko dalam aktiviti ini dapat mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penerbitan berkaitan risiko dan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Fidlizan Muhammad, Ahmad Zakirullah Mohamed Shaarani, Azila Abdul Razak, Nor Azrin Md Latip, Salwa Amirah Awang
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26489/1/Akademika_95_1_12.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26489/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1812
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian risiko dan keselamatan dalam aktiviti luar kanak-kanak masih kurang mendapat perhatian yang mendalam, walaupun potensi risiko dalam aktiviti ini dapat mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis penerbitan berkaitan risiko dan keselamatan dalam aktiviti luar yang diterbitkan dalam pangkalan data Scopus sehingga Ogos 2024. Kajian ini menggunakan kaedah bibliometrik dengan alat analisis seperti biblioMagika berasaskan Microsoft Excel bagi analisis kekerapan data dan matriks sitasi, serta Biblioshiny dan VOSviewer untuk pemvisualan data.Hasil analisis mendapati 124 judul jurnal disitasi dari tahun 1965 hingga 2021. Negara Amerika Syarikat, Kanada, dan Britain muncul sebagai negara dengan jumlah penerbitan terbanyak. University of Utah, Amerika Syarikat, dikenal pasti sebagai institusi paling produktif, manakala penulis prolifik termasuk Sibthorp, J., dan Brussoni, M. Artikel dengan sitasi tertinggi dihasilkan oleh Valentine, G. dan McKendrick, J. Empat jurnal utama dalam bidang ini ialah Journal of Adventure Education and Outdoor Learning, Children's Health Care, Early Childhood Education Journal, dan European Early Childhood Education Research Journal. Dapatan menunjukkan trend penerbitan yang turun naik, mencerminkan relevansi topik ini mengikut peredaran masa. Kesimpulan hasil analisis bibliometrik ini memberi gambaran tentang trend kajian semasa, mengenal pasti jurang dalam penyelidikan, dan menyediakan asas untuk kajian lanjut. Kajian ini berpotensi memberikan impak dan rujukan kepada penggubal dan pelaksana polisi dalam merancang pembangunan strategi pembelajaran yang selamat dan berkesan dalam aktiviti luar kanak-kanak.