Hubungan tingkah laku impulsif dan kawalan kendiri dengan tingkah laku keganasan dalam kalangan bekas banduan
Isu bekas banduan sering diperdebatkan dan dikaitkan dengan tingkah laku impulsif, kawalan kendiri yang rendah serta meningkatkan kecenderungan tingkah laku agresif dan keganasan. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara tingkah laku impulsif, kawalan kendiri dan tingkah laku k...
Saved in:
| Main Authors: | , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26488/1/Akademika_95_1_11.pdf http://journalarticle.ukm.my/26488/ https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1812 |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Isu bekas banduan sering diperdebatkan dan dikaitkan dengan tingkah laku impulsif, kawalan kendiri yang rendah
serta meningkatkan kecenderungan tingkah laku agresif dan keganasan. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti
hubungan antara tingkah laku impulsif, kawalan kendiri dan tingkah laku keganasan dalam kalangan bekas banduan.
Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif melalui pendekatan tinjauan. Pengumpulan data kajian menggunakan
satu set borang soal selidik yang mengandungi tiga instrumen kajian iaitu Impulsive Behaviour Short Scale–8,
Measures of Criminal Attitudes and Associates dan Self Control Scale Malay Version. Kesemua data dimasukkan ke
dalam persisian SPSS versi 27 dan dianalisis secara deskriptif serta inferensi. Hasil kajian mendapati bahawa skor
min bagi sub-skala kesegeraan adalah yang tertinggi dalam skala tingkah laku impulsif, dan skor sub-skala keganasan
adalah yang terendah dalam skala mengukur tingkah laku jenayah. Manakala sub-skala impulsiviti mempunyai skor
min tertinggi dalam skala kawalan kendiri. Ujian pekali korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif yang
signifikan antara tingkah laku impulsif, kawalan kendiri dan tingkah laku keganasan. Implikasi kajian ini penting
bagi mengenal pasti faktor-faktor impulsiviti dan kawalan diri yang rendah serta merangka intervensi dalam
profesion menolong bagi mengurangkan risiko tingkah laku keganasan. Hal ini sekaligus dapat meningkatkan usaha
dan strategi dalam mengurangkan residivisme dan menyokong pengintegrasian semula bekas banduan ke dalam
masyarakat. |
|---|
