Mengaplikasikan bandar sihat komuniti menggunakan Ethnographic Decision Tree Modeling dalam metodologi kualitatif

Seiring sifat dinamika bandar yang adaptif dan mempengaruhi pola sosiologi yang terkait dengan tingkah laku Penyakit Tidak Berjangkit (NCD). Maka, metodologi penyelidikan bandar yang terhad kepada metodologi kuantitatif semata-mata juga kurang produktif. Penerokaan metodologi baharu untuk mengka...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Muhd Abdul Hadi Johari, Zanisah Man, Mohd Yusof Hussain, Manimaran Krishnan
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26480/1/Akademika_95_1_3.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26480/
https://ejournal.ukm.my/akademika/issue/view/1812
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Seiring sifat dinamika bandar yang adaptif dan mempengaruhi pola sosiologi yang terkait dengan tingkah laku Penyakit Tidak Berjangkit (NCD). Maka, metodologi penyelidikan bandar yang terhad kepada metodologi kuantitatif semata-mata juga kurang produktif. Penerokaan metodologi baharu untuk mengkaji bandar adalah signifikan agar realis dan variatif dengan sifat dinamika bandar. Tujuan makalah ini adalah mengaplikasikan Ethnographic Decision Tree Modeling (EDTM) serta mengetengahkan proses dan sumbangannya sebagai metodologi kualitatif yang ideal untuk mengkaji bandar sihat komuniti dengan tujuan mengurangkan risiko NCD. Metodologi kualitatif EDTM oleh Christina H. Gladwin (1989) digunakan sebagai metodologi kajian dengan ia dioperasikan dalam pemilihan seting komuniti, saiz sampel, pengumpulan data, dan kaedah menganalisis data. Sebagai hasil kajian, EDTM sebagai metodologi kualitatif berupaya mengendalikan fenomena makro bandar sihat komuniti, dengan ia menyumbang kepada empat dapatan, iaitu rasional dan signifikan untuk mengkaji fenomena bandar, menghasilkan data yang boleh dipercayai, meminimumkan etnosentrik, dan menonjolkan nilai sebenar konsep bandar sihat yang dikaji. Sebagai rumusan, EDTM menghasilkan data deduktif seperti mana metodologi kuantitatif, namun seterusnya menfokuskan nilai induktif sebagai paradigma utama kajian. Paradigma deduktif dan induktif tersebut mewakili pemikiran peserta kajian.