Penguraian sisa pepejal dengan menggunakan kulat Aspergillus fumigatus terpegun

Sisa enap cemar kumbahan bandaran yang dihasilkan di kawasan persekitaran menjadi isu yang penting kerana pengumpulannya dan sukar untuk terurai, sekali gus menjejaskan ekosistem. Mikroorganisma, terutamanya kulat, mampu melaksanakan aktiviti metabolik secara cekap dan berkesan dalam pelbagai keadaa...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yavinash Muralee Tharan, Ahmad Razi Othman, Nur Nadhirah Ramli, Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Hassimi Abu Hasan, Nur ‘Izzati Ismail
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26441/1/SS%203.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26441/
https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num10_2025/contentsVol54num10_2025.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sisa enap cemar kumbahan bandaran yang dihasilkan di kawasan persekitaran menjadi isu yang penting kerana pengumpulannya dan sukar untuk terurai, sekali gus menjejaskan ekosistem. Mikroorganisma, terutamanya kulat, mampu melaksanakan aktiviti metabolik secara cekap dan berkesan dalam pelbagai keadaan berikutan tindak balas enzim. Aspergillus fumigatus ialah kulat yang mempunyai keupayaan yang kuat untuk menghasilkan enzim secara ekstrasel. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkultur dan mengkaji morfologi kulat A. fumigatus, menentukan kadar penguraian sisa pepejal oleh kulat terpegun A. fumigatus dan menentukan kadar pertumbuhan kulat terpegun A. fumigatus. Dalam kajian ini, A. fumigatus mengalami proses pemegunan untuk mengurai enap cemar kumbahan dengan lebih cekap dan berkesan. Teknik pengkapsulan digunakan dengan menggunakan bekas Polivinil Klorida (PVC) untuk memerangkap kulat A. fumigatus dan dieramkan selama 30 hari. Pemencilan A. fumigatus dilakukan menggunakan media agar Czapek-Dox (CDA) dan kaldu dekstrosa kentang (PDB) serta dikulturkan selama 2 minggu. Dalam kajian ini, analisis jumlah pepejal terampai (TSS) menunjukkan peratus penurunan sebanyak 13.07% untuk kawalan dan 24.02% untuk rawatan selama 4 minggu. Selain itu, kadar pertumbuhan kulat A. fumigatus adalah sebanyak 0.0033 /hari selama 4 minggu. Bagi morfologi kulat pula, perkembangan koloni pada CDA ditunjukkan oleh pertumbuhan padat, berfilamen serta berwarna kelabu dan kehijauan. Berdasarkan keputusan mikroskop elektron pengimbas (SEM), tiada kehadiran kulat A. fumigatus dalam kedua dua air sisa awal dan akhir. Kajian ini menyokong kaedah rawatan biologi sebagai pendekatan praktikal dan alternatif untuk rawatan enap cemar kumbahan. Pemegunan kulat menggunakan PVC adalah penting untuk rawatan ini kerana ia mudah bertindak balas dengan kumpulan berfungsi semasa pengkapsulan, murah dan tidak toksik. Mekanisme dalam mempercepatkan penguraian rawatan dan menilai keberkesanannya terhadap pelbagai jenis sisa yang lain perlu dikaji pada masa hadapan.