Pengaruh rangkaian sosial terhadap kesihatan: ulasan naratif
Rangkaian sosial memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku kesihatan individu dan komuniti. Pemahaman terhadap struktur hubungan sosial membantu dalam merangka intervensi kesihatan yang lebih berkesan. Ulasan ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap konsep dan ap...
Saved in:
| Main Authors: | , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26377/1/vol%2B15%2Bno%2B2%2B2025_266%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26377/ http://spaj.ukm.my/ijphr/index.php/ijphr |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Rangkaian sosial memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku kesihatan individu dan komuniti. Pemahaman terhadap struktur hubungan sosial membantu dalam merangka intervensi kesihatan yang lebih berkesan. Ulasan ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang menyeluruh terhadap konsep dan aplikasi teori rangkaian sosial dalam konteks kesihatan. Pencarian literatur dilakukan dalam pangkalan data seperti PubMed, Scopus, EBSCO, Web of Science dan Google Scholar. Artikel yang melibatkan hubungan rangkaian sosial dan kesihatan disaring berdasarkan kriteria kemasukan yang ditetapkan. Pendekatan Teori Rangkaian Sosial (SNT), menggunakan kaedah kajian seperti Analisa rangkaian sosial (SNA) dan indeks rangkaian sosial (SNI) secara meluas dalam kajian terdahulu. Dapatan kajian menunjukkan komponen rangkaian sosial seperti saiz rangkaian, kepadatan, kekuatan ikatan, pemusatan dan keterbenaman memainkan peranan dalam penyebaran maklumat kesihatan dan pembentukan norma komuniti. Hubungan sosial dalam sesebuah komuniti masyarakat mempengaruhi corak penyebaran penyakit dan tingkah laku kesihatan seperti pengambilan saringan, pematuhan rawatan dan amalan kesihatan. Rangkaian sosial dapat mempengaruhi kesihatan seseorang individu berdasarkan interaksinya dalam masyarakat. Pengaruh daripada interaksi dalam rangkaian sosial ini berpotensi untuk memanfaatkan dalam strategi intervensi kesihatan awam, terutamanya dalam kalangan komuniti yang mempunyai hubungan sosial yang rapat dan saling mempengaruhi. |
|---|
