Isu pengurusan risiko ke arah kelestarian institusi pengajian tinggi

Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs) menekankan kepentingan pengurusan organisasi yang lestari sebagai pemangkin kepada pembangunan sistemik yang inklusif dan berdaya tahan. Secara khusus, SDG 4 menyeru agar institusi memperkukuh sistem pengurusan pendidikan yang...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Sharifah Saleha Syed Abdul Kadir, Kadir Arifin, Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah, Mohd Lui Juhari
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26365/1/84375-298975-1-PB%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26365/
http://ejournal.ukm.my/gmjss/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Agenda Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs) menekankan kepentingan pengurusan organisasi yang lestari sebagai pemangkin kepada pembangunan sistemik yang inklusif dan berdaya tahan. Secara khusus, SDG 4 menyeru agar institusi memperkukuh sistem pengurusan pendidikan yang holistik dan berkualiti, manakala SDG 13 menuntut pendekatan pengurusan strategik yang proaktif terhadap isu perubahan iklim. Justeru, pengurusan organisasi yang mampan bukan sahaja menjadi keperluan operasi, malah suatu kewajipan etika dan strategik dalam menyokong kelangsungan institusi dan planet secara menyeluruh. Artikel ini membincangkan tentang pelaksanaan isu pengurusan risiko ke arah kelestarian institusi pengajian tinggi di Malaysia. Bagi melaksanakannya empat faktor iaitu prestasi organisasi, implikasi kewangan, pengurusan sumber manusia dan perancangan strategik perlu diberi penekanan. Justeru, kajian ini bertujuan meninjau isu implementasi pengurusan risiko organisasi dari perspektif institusi pengajian tinggi di Malaysia. Data kajian ini dikumpul daripada 280 kakitangan UiTM Cawangan Melaka menggunakan kaedah soal selidik. Seterusnya, data kajian dianalisis menerusi kaedah analisis deskriptif dan regresi menggunakan perisian SPSS versi 27. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa komunikasi dalam organisasi masih perlu dipertingkatkan, walaupun terdapat beberapa elemen positif hasil daripada analisa yang telah dijalankan. Cadangan untuk penambahbaikan termasuk memperkukuh penggunaan platform digital bagi menyampaikan maklumat dengan lebih konsisten dan membangunkan program latihan untuk meningkatkan kecekapan komunikasi. Penyelidikan lanjutan juga perlu diterokai untuk memahami hubungan antara komunikasi organisasi dan pencapaian objektif keselamatan secara lebih mendalam. Secara praktikalnya, kajian ini mencadangkan agar organisasi dapat memperkasakan program pengurusan risiko serta menambah baik mutu perkhidmatan di sektor pengajian tinggi amnya dan institusi pengajian tingg awam di Malaysia khasnya melalui penekanan SDG4 (Kualiti Pendidikan) dan SDG 13 (Tindakan iklim).