Kesan kitosan tersinar sebagai salutan luaran buah nanas
Malaysia mempunyai kawasan penanaman nanas yang luas, menyumbang kepada 1.06% daripada pengeluaran nanas dunia. Jenis nanas MD2 adalah yang paling popular di Malaysia kerana kemanisan dan ciri menariknya. Namun, kerugian selepas tuaian, disebabkan oleh serangan mikrob dan perubahan iklim, boleh mere...
Saved in:
| Main Authors: | , , , , |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26330/1/SMS%2014.pdf http://journalarticle.ukm.my/26330/ https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num9_2025/contentsVol54num9_2025.html |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Malaysia mempunyai kawasan penanaman nanas yang luas, menyumbang kepada 1.06% daripada pengeluaran nanas dunia. Jenis nanas MD2 adalah yang paling popular di Malaysia kerana kemanisan dan ciri menariknya. Namun, kerugian selepas tuaian, disebabkan oleh serangan mikrob dan perubahan iklim, boleh merencatkan pertumbuhan industri ini. Semburan kimia sintetik sering digunakan untuk melindungi nanas, tetapi ia berbahaya kepada pengguna. Oleh itu, salutan boleh dimakan berasaskan kitosan, yang mempunyai sifat antimikrob dan antioksidan, dianggap sebagai alternatif yang terbaik. Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan salutan kitosan yang disinari ke atas jangka hayat buah nanas. Larutan kitosan yang tidak disinari dan disinari (dos 10 - 30 kGy) digunakan untuk menyalut bahagian luar buah nanas melalui teknik salutan semburan. Kesan fizikal dan kimia diuji termasuk pengukuran perubahan berat, skala warna dan keperangan, nilai pH dan kandungan gula buah nanas sepanjang 30 hari penyimpanan. Hasil kajian mendapati salutan kitosan yang disinarkan berkesan dalam memanjangkan jangka hayat buah nanas serta dapat menjaga kualiti buah nanas. Buah nanas yang disalut kitosan menunjukkan perubahan peningkatan indeks warna yang perlahan dan tiada kesan keperangan pada isi buah (kekal pada skala 0) berbanding dengan kawalan (skala 3). Nilai pH pula didapati berada pada julat 3.4 hingga 5.8. Untuk semua nanas yang disalut kitosan yang disinari, terdapat peningkatan ketara dalam kandungan gula semasa penyimpanan, terutamanya bagi dos 15 kGy (15.8%). Kesimpulannya, penggunaan salutan kitosan tersinar boleh memanjangkan jangka hayat serta dapat menjaga kualiti buah nanas. |
|---|
