Kerintangan antibiotik dan pencapjarian DNA Salmonella Typhimurium diasingkan daripada pusat sembelihan ayam

Sebanyak 18 strain Salmonella Typhimurium telah diuji kerintangan antibiotik dan cap jari amplifikasi polimorfik DNA secara rawak (RAPD-PCR) dan cap jari elektroforesis gel medan denyut (PFGE). Semua strain S. Typhimurium telah dipencilkan daripada pusat penyembelihan ayam di Kajang, Malaysia pada b...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Aishah Elias, Sahilah Abd. Mutalib, Safiyyah Shahimi, Nurul Aqilah Mohd Zaini, Ahmad Azuhairi Ariffin
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26321/1/SMS%205.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26321/
https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num9_2025/contentsVol54num9_2025.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Sebanyak 18 strain Salmonella Typhimurium telah diuji kerintangan antibiotik dan cap jari amplifikasi polimorfik DNA secara rawak (RAPD-PCR) dan cap jari elektroforesis gel medan denyut (PFGE). Semua strain S. Typhimurium telah dipencilkan daripada pusat penyembelihan ayam di Kajang, Malaysia pada bulan Februari, Mac dan Oktober 2020 disahkan dengan kaedah penjujukan. Semua pencilan rintang terhadap tiga atau lebih antibiotik yang diuji dengan tahap kerintangan paling tinggi mengikut turutan ditunjukkan terhadap eritromisin (94%), sefalotin (94%), tikarsilin (78%), seftriakson (72%), piperasilin (44%), kanamisin (17%) dan asid nalidiksik (11%). Strain S. Typhimurium didapati paling kurang kerintangan adalah terhadap siprofloksasin (6%). Genom DNA S. Typhimurium telah diuji dengan cap jari amplifikasi polimorfik asid deoksiribonukleik secara rawak tindak balas polimerase (RAPD-PCR) dan cap jari elektroforesis gel medan denyut (PFGE). RAPD-PCR menggunakan dua primer, NSCI dan NSCII, menunjukkan tiga kluster dan 10 pencilan tunggal dan lima kluster dan lapan pencilan tunggal pada tahap persamaan yang sama. Manakala analisis cap jari PFGE menggunakan XbaI dan AvrII menunjukkan lima kluster dan lapan pencilan tunggal dan empat kluster dan lapan pencilan tunggal pada tahap kesamaan 80% menggunakan Gel Compar II. Polimorfisme cap jari RAPD dan PFGE menunjukkan 18 jenis genom S. Typhimurium. Oleh itu, ia menunjukkan kerintangan antibiotik dan kepelbagaian genetik yang tinggi bagi pencilan S. Typhimurium dari pusat sembelihan yang dikaji.