Pengekstrakan dan pengenalpastian peptida perencat α-amilase daripada benih Elateriospermum tapos

Elateriospermum tapos adalah tumbuhan unik yang berasal dari Asia Tenggara, digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit kronik termasuk kencing manis. Uji kaji ini bertujuan untuk mengekstrak dan mengenal pasti peptida perencat α-amilase daripada benih E. tapos. Protein daripada benih E. tapos (...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Yap, Pei-Gee, Naufal Arshad, Gan, Chee-Yuen
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26319/1/SMS%203.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26319/
https://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol54num9_2025/contentsVol54num9_2025.html
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Elateriospermum tapos adalah tumbuhan unik yang berasal dari Asia Tenggara, digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit kronik termasuk kencing manis. Uji kaji ini bertujuan untuk mengekstrak dan mengenal pasti peptida perencat α-amilase daripada benih E. tapos. Protein daripada benih E. tapos (ETSPI) telah dihidrolisis dengan menggunakan enzim Neutrase dan darjah hidrolisis tertinggi (34.09±2.50%) diperoleh dari nisbah enzim-ke-substrat 1:10 (b/b) selama 4 jam. Aktiviti perencatan α-amilase tertinggi (41.74±1.45%) diperoleh pada nisbah yang sama tetapi pada masa hidrolisis selama 2 jam. Ultrafiltrasi kemudian digunakan untuk memecahkan hidrolisat dengan pecahan <3 kDa memberikan potensi yang paling tinggi dalam perencatan α-amilase. Dalam pecahan ini, empat peptida: ME, LLAH, LLHA dan LLPL telah dikenal pasti dan dipilih melalui teknik bantuan enzim yang digabungkan dengan pendekatan spektrometri jisim. Peptida ini diramalkan sebagai tidak toksik dan bukan agregat melalui pendekatan bioinformatik. Kajian hubungan aktiviti struktur menunjukkan bahawa semua peptida terpilih menunjukkan interaksi yang signifikan (nilai p PepSite2<0.25) dengan α-amilase pankreas and air liur manusia. Aktiviti perencatan α-amilase peptida telah disahkan dengan nilai IC50 adalah seperti berikut: LLAH (2.88±0.01 mg/mL), LLHA (8.05±0.07 mg/mL), LLPL (4.22±0.01 mg/mL) dan ME (1.41±0.00 mg/mL). Penemuan ini menunjukkan kejayaan pengenalpastian peptida perencat α-amilase dengan potensi aplikasi dalam penemuan ubat dan industri nutraseutikal.