Kegiatan awal pencerapan cuaca di Negeri-Negeri Selat, 1820-1940

Artikel ini membincangkan aktiviti pencerapan cuaca oleh pengkaji Eropah di Negeri-Negeri Selat (NNS) sekitar tahun 1820 hingga 1940. Tumpuan diberikan terhadap tiga isu utama. Pertamanya, faktor pencerapan cuaca dilakukan. Kedua, isu-isu cuaca dan alam sekitar ketika era kolonial. Ketiga, dasar met...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Anisha Mohd Said, Mohd Shazwan Mokhtar
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2023
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26313/1/WL%207.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26313/
https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/issue/view/33
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Artikel ini membincangkan aktiviti pencerapan cuaca oleh pengkaji Eropah di Negeri-Negeri Selat (NNS) sekitar tahun 1820 hingga 1940. Tumpuan diberikan terhadap tiga isu utama. Pertamanya, faktor pencerapan cuaca dilakukan. Kedua, isu-isu cuaca dan alam sekitar ketika era kolonial. Ketiga, dasar meteorologi kolonial di NNS. Pemerhatian meteorologi yang paling awal diketahui bermula pada tahun 1820 dimana Pulau pinang telah menjadi hub untuk penyelidikan saintifik dan pembangunan kolonial sehingga Singapura menjadi pusat pentadbiran selat pada 1832. British melihat terdapat keperluan dalam isu penerbangan di NNS. Hasil data cerapan cuaca telah digunakan dalam mencorak strategi peperangan dan penerbangan komersial. Antara teknik pencerapan awal yang digunakan ialah, pengukuran secara sporadis dan hanya terdiri daripada beberapa elemen cuaca sahaja iaitu hujan, suhu dan kelembapan yang membentuk ramalan cuaca. Dapatan kajian mendapati bahawa kepentingan pencerapan cuaca dan pengumpulan data meteorologi empayar membawa kepada penubuhan perkhidmatan Jabatan Meteorologi Malaya. Hasil kajian mendapati, berlaku transisi aktiviti pencerapan cuaca di NNS daripada kegiatan pencerapan individu hinggalah kegiatan pencerapan secara terpusat oleh pihak kolonial. Data meteorologi penting kepada pihak kolonal berkaitan hal ehwal kesihatan, pertanian, ketenteraan, penerbangan serta navigasi lautan. Melalui data cerapan ini dapat dilihat berlaku penurunan dalam kes Malaria. Selain itu, terdapat peningkatan dalam ramalan penerbangan. Manakala bagi pertanian telah memperlihatkan penggunaan sistem amaran awal yang dibuat dalam menyesuaikan perubahan iklim. Di samping itu, berlaku peningkatan dalam navigasi iaitu melalui penggunaan Logbook dalam pelayaran.