Rundingan Baling 1955 dan kesannya ke atas usaha kemerdekaan Tanah Melayu
Artikel ini membincangkan mengenai Rundingan Baling 1955 dan kesannya ke atas usaha ke arah kemerdekaan Tanah Melayu. Komunis menjadi ancaman utama keselamatan negara dan keamanan perlu dipulihkan sebelum kemerdekaan negara diperoleh. Amnesti yang diumumkan pada 8 September 1955 selepas kemenangan P...
Saved in:
| Main Author: | |
|---|---|
| Format: | Article |
| Language: | en |
| Published: |
Penerbit UKM
2025
|
| Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/26246/1/208-232%20-.pdf http://journalarticle.ukm.my/26246/ http://ejournal.ukm.my/jebat/index |
| Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
| Summary: | Artikel ini membincangkan mengenai Rundingan Baling 1955 dan kesannya ke atas usaha ke arah kemerdekaan Tanah Melayu. Komunis menjadi ancaman utama keselamatan negara dan keamanan perlu dipulihkan sebelum kemerdekaan negara diperoleh. Amnesti yang diumumkan pada 8 September 1955 selepas kemenangan Perikatan dalam Pilihan raya Umum 1955 menjadi tarikan kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk mengadakan perbincangan. Rundingan tersebut menemukan beberapa orang personaliti komunis seperti Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin bersama wakil kerajaan iaitu Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, David Marshall serta rombongan di Baling English School, Baling, Kedah. Kajian ini bertujuan membincangkan mengenai usaha yang dilakukan oleh Tunku selepas Pilihan raya Umum 1955 dan Rundingan Baling bagi mendapatkan kemerdekaan negara. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan meneliti sumber primer seperti rekod-rekod Pejabat Kolonial British, fail arkib dan akhbar. Kajian ini turut merujuk sejumlah sumber sekunder seperti buku dan artikel. Kajian menunjukkan bahawa usaha yang dilakukan oleh Tunku Abdul Rahman dan delegasi dalam Rundingan Baling memperlihatkan kesungguhan mendapatkan keyakinan pihak komunis. Pertemuan secara bersemuka menunjukkan kesungguhan dilakukan oleh pihak kerajaan dalam mendapatkan keamanan sebelum kemerdekaan Tanah Melayu dirundingkan dengan British. Hasil kajian mendapati bahawa walaupun komunis gagal mencapai persetujuan, namun tindakan lanjut yang berupa kompromi kaum menjadi prioriti dalam usaha pembubaran PKM. Hal ini menonjolkan kepentingan Rundingan Baling yang signifikan dalam usaha kerajaan menuntut kemerdekaan tanah air. Kreadibiliti dan ketegasan Tunku Abdul Rahman menjadi salah satu faktor yang menyebabkan kerajaan British melonggarkan syarat pemberian kemerdekaan kepada koloninya. |
|---|
