Peranan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dalam Perniagaan dan Pemilikan Saham Orang Melayu, 1969–1990

Kajian ini membincangkan peranan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dalam meningkatkan penglibatan ekonomi orang Melayu melalui perniagaan dan pemilikan saham dari tahun 1969 hingga 1990. Permasalahan kajian tertumpu kepada persoalan sejauh mana keberkesanan PERNAS dalam melaksanakan objektif Dasar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Wan Kamarulariffin Wan Ahmad, Azharudin Mohamed Dali
Format: Article
Language:en
Published: Penerbit UKM 2025
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/26245/1/180-207%20-.pdf
http://journalarticle.ukm.my/26245/
http://ejournal.ukm.my/jebat/index
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini membincangkan peranan Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS) dalam meningkatkan penglibatan ekonomi orang Melayu melalui perniagaan dan pemilikan saham dari tahun 1969 hingga 1990. Permasalahan kajian tertumpu kepada persoalan sejauh mana keberkesanan PERNAS dalam melaksanakan objektif Dasar Ekonomi Baru (DEB), khususnya dalam memperluas penyertaan Bumiputera dalam sektor korporat dan perniagaan yang sebelum ini didominasi oleh bukan Bumiputera dan syarikat asing serta menambah ekuiti Bumiputera melalui pemilikan saham. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif berasaskan pendekatan sejarah dengan penekanan kepada analisis dokumen dan sumber primer. Bahan-bahan diperoleh daripada Arkib Negara, laporan tahunan PERNAS, dan laporan hansard parlimen. Kajian ini turut merujuk kepada sumber sekunder seperti buku akademik, jurnal, dan majalah-majalah yang berkaitan dengan dasar ekonomi dan pembangunan Bumiputera. Teknik analisis kandungan digunakan untuk menilai pelaksanaan strategi PERNAS serta keberkesanannya dalam mencapai matlamat DEB. Hasil kajian menunjukkan bahawa PERNAS memainkan peranan penting sebagai agen pelaksana dasar kerajaan dengan menubuhkan pelbagai syarikat milik Bumiputera, memperoleh kepentingan dalam syarikat multinasional, serta membina rangkaian usahawan Melayu melalui program latihan dan francais. Walaupun menghadapi cabaran dalam melaksanakan dasar bagi mencapai matlamatnya dan perlu bergantung kepada sokongan kerajaan, PERNAS tetap menjadi instrumen utama dalam transformasi sosioekonomi Melayu menjelang akhir dekad 1980-an. Kajian ini menyimpulkan bahawa PERNAS berjaya menyumbang secara signifikan terhadap pembangunan ekonomi Bumiputera dalam tempoh yang dikaji.